Penyalahgunaan kuasa PPBM? Adakah sekali lagi SPRM akan membisu?

Dato’ Lokman Adam

Pemantau Malaysia Baru membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak DBKL yang telah meluluskan sebanyak lapan puluh (80) tapak perniagaan bazaar Ramadan di Jalan Masjid India bersebelahan dengan Mydin dengan jumlah keseluruhan hanya RM 6238.40 kepada Encik Mohd Noorhisyam bin Abd. Karim, Ketua Pemuda PPBM Bukit Bintang. Setiap petak berukuran 8×8 dan adalah sah bagi tempoh 06/6/18-14/6/18 dengan harga purata yang nominal sebanyak RM 77.98 bagi setiap petak.

Nampaknya budaya hiprokrit dan cakap tak serupa bikin di kalangan pemimpin anak ikan PPBM semakin menjadi di bulan Ramadhan yang mulia ini di mana kebanyakan rakyat biasa sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin membimbangkan terutamanya dengan kenaikan Gas Bermasak hari ini.  Persoalan yang nyata di dalam isu adalah:

1. Kenapa tidak ada tender terbuka untuk tapak-tapak tersebut yang dikeluarkan oleh pihak DBKL sedangkan dibawah kerajaan BN kenyataan tender boleh dikeluarkan dengan tarikh pengundian bagi tapak bermula dalam bulan April? Bukankah ini inisiatif ketelusan yang diharapkan dari kerajaan PH Malaysia baru?

2. Kenapa tapak-tapak tersebut di berikan pada hanya PPBM sahaja? Patutkah seorang Ketua Pemuda diberi sebanyak 80 tapak pada harga sebegitu murah dan kenapa beliau dilantik secara terus oleh pihak DBKL?

3. Apakah pendirian En. Lim Lip Eng selaku seorang MP di Kuala Lumpur dan sebagai ‘kesatria’ kerajaan PH yang memperjuangkan ketelusan? Adakah En. Lim juga mengamalkan budaya hipokrit yang sama dalam isu ini? Takkan hanya dedah isu tanah yang dijual dibawah pentadbiran BN, sedangkan hasil masuk poket DBKL, isu ini hasil masuk poket Ketua Pemuda PPBM?

4. Apakah pendirian Teresa Kok yang kini diura-urakan bakal dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutan kerajaan PH? Adakah beliau juga akan berdiam diri dalam isu ini sedangkan isu tanah lot ke konsesi parking dipertikaikan sehingga ke Putrajaya?

5. Bukankah tapak-tapak bazaar ramadhan seperti ini bertujuan khususnya untuk membantu peniaga-peniaga kecil beragama Islam untuk berniaga pada bulan mulia ini bagi tujuan menambahkan pendapatan keluarga untuk Hari Raya?

Kegiatan berat sebelah yang dirahsiakan seperti ini jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan Pakatan yang melaungkan ‘Rule of Law’ dan ‘transparency’ bukanlah setelus yang dipropagadakan. Kalau di peringkat yang mikro ini telah didedahkan dengan nyata penyalahgunaan (‘abuse of power’) kuasa tadbir mereka, bagaimanakah rakyat hendak mempercayai kerajaan Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri dalam skala yang lebih makro secara telus dan amanah?

Comments

Comments