“Saya tertanya-tanya bagaimana Datuk Seri Ahmad Maslan boleh mendakwa kononnya 70% ahli Umno berdukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, sedangkan 70% daripada 3 juta ahli ini tidak muncul-muncul di petisyen pengampunan Diraja Najib”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤڽوكوڠ نجيب ءغائبء؟
Datuk Seri Najib Tun Razak timbulkan persepsi kononnya pengikut beliau terlalu ramai.
Setiap kali Najib membuat posting di Facebook, kita lihat beribu-ribu komen dan beribu-ribu like.
Malah, apabila Najib muncul di Johor, kelihatan seratus hingga dua ratus orang berada di sekelilingnya pada ‘event’ yang terancang.
Namun, pada ‘event’ yang tidak terancang, kelihatan hanya 10 hingga 20 orang, dan ini menimbulkan syak dalam diri saya bahawa ada ‘penyokong’ yang dibayar pada event yang terancang.
Ini bukanlah perkara baharu, kerana selepas Pilihan Raya Umum ke-14, saya secara peribadi tahu berkenaan kumpulan-kumpulan yang ahlinya dibayar untuk hadir ke event yang dirancang.
Kemudian, setelah Najib masuk penjara, satu petisyen digerakkan untuk mengumpul tandatangan agar pengampunan Diraja diberikan.
Namun, petisyen ini tidak mampu mencecah 8,200 tandatangan setelah 4 hari digerakkan.
Sebaliknya, petisyen yang menyeru agar Najib tidak diampunkan mencecah 100,000 tandatangan dalam tempoh kurang 24 jam.
Persoalannya, di manakah hilangnya ‘pengikut’ Najib yang ramai itu?
Atau adakah majoriti ‘pengikut’ ini melibatkan akaun Facebook palsu, laskar siber upahan dan penyokong berbayar?
Jangan lupa, pada 2013, satu agensi audit Twitter mengumumkan bahawa Najib merupakan antara pemimpin dunia yang memiliki pecahan ‘pengikut’ twitter palsu yang terbesar.
Memang susah untuk menipu laman petisyen change.org, yang dapat menapis ‘sokongan’ palsu dengan mudah dan menyingkirkannya daripada hitungan jumlah tandatangan.
Apakah majoriti ‘pengikut’ Facebook Najib turut palsu?
Saya tertanya-tanya…
Saya juga tertanya-tanya bagaimana Datuk Seri Ahmad Maslan boleh mendakwa kononnya 70% ahli Umno berdukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, sedangkan 70% daripada 3 juta ahli ini tidak muncul-muncul di petisyen pengampunan Diraja Najib.
Apakah 70% ahli UMNO ini dah ghaib?
