Penyokong tegar Kit Siang, Anwar Ibrahim hadir perjumpaan bekas ahli kumpulan Chin Peng

Pertemuan itu kononnya sekadar mengeratkan kembali hubungan di antara mereka yang sudah lama tidak bertemu. Sumber (gambar): Fail TTF

Hampir 400 individu termasuk bekas ahli kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengadakan perjumpaan di sebuah dewan di Kajang, hari ini.

Motif perjumpaan sedimikian diadakan menjadi tanda tanya memandangkan masyarakat majmuk, khususnya mereka yang beragama Islam, masih berang dengan tindakan sekumpulan Cina menyeludup abu mayat pengganas komunis terkenal, Chin Peng, masuk ke tanah air.

Saya difahamkan program itu turut dihadiri penyokong-penyokong tegar Lim Kit Siang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Husin Syed Ali.

Menurut laporan, apabila ditanya mengapa ulang tahun itu diadakan sedangkan tidak pernah diraikan sebelum ini, Wong berkata ianya disebabkan faktor ekonomi yang mana sumber kewangan didapati terhad.


PETALING JAYA: Hampir 400 individu termasuk bekas ahli kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengadakan perjumpaan di sebuah dewan di Kajang, hari ini.

Perjumpaan jam 10.15 pagi itu dilaporkan Harian Metro sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.




Motif perjumpaan sedimikian diadakan menjadi tanda tanya memandangkan masyarakat majmuk, khususnya mereka yang beragama Islam, masih berang dengan tindakan sekumpulan Cina menyeludup abu mayat pengganas komunis terkenal, Chin Peng, masuk ke tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja program perjumpaan tersebut, Wong Kam Leong berkata, pertemuan itu sekadar mengeratkan kembali hubungan di antara mereka yang sudah lama tidak bertemu.

Menurutnya, kebanyakan bekas ahli PKM sudah berusia antara 60 hingga 80 tahun yang mana perjumpaan itu dalam memperkukuhkan kembali perkenalan mereka.

“Tiada perkara lain dibincangkan dan ia sekadar eratkan hubungan antara kami,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Saya difahamkan program itu turut dihadiri penyokong-penyokong tegar Lim Kit Siang dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed Ali.

Menurut laporan, apabila ditanya mengapa ulang tahun itu diadakan sedangkan tidak pernah diraikan sebelum ini, Wong berkata ianya disebabkan faktor ekonomi yang mana sumber kewangan didapati terhad.

“Dengan itu, tahun ini adalah kali pertama diadakan. Untuk tahun akan datang, kami tidak pasti akan adakan perjumpaan atau tidak,” katanya.

Loading...

Saya tidak dapat menerima alasan ini memandangkan pihak pengelola gagal menjaga sensitiviti masyarakat majmuk dan sepatututnya merujuk dulu dengan pihak berkuasa memandangkan program tersebut ada hubung-kaitnya dengan ideologi komunis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi berkata, permit tidak diperlukan kerana itu program itu tertutup.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...