Peradaban Islam di bumi Malaysia bakal tersungkur sekiranya PH terus berkuasa (Bahagian satu)

“Hari ini, disebabkan PPBM merupakan sebuah parti yang lemah, Muhyiddin memberanikan dirinya bersekongkol dengan beberapa pemimpin PPBM di Johor untuk mengenepikan Mahathir dan berurusan terus dengan pihak istana. Setelah mendapat tahu perkara ini, Mahathir mula menghina Sultan Johor dan Perlembagaan negeri Johor, kerana tahu, bahawa tindak tanduknya tidak akan mengaibkan dirinya memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak memiliki kuasa untuk memecat Perdana Menteri”

Raggie Jessy Rithaudeen

Baru-baru ini, kita sering ‘dihiburkan’ dengan liputan di media arus perdana dan sosial berkenaan indivdu-individu tertentu dari kalangan rakyat biasa dan ahli-ahli politik kerajaan yang mempersoal kemulian dan kedaulatan institusi diraja serta raja-raja Melayu.

Bukan hanya tingkah laku mereka melangar nilai peradaban Islam serta budaya masyarakat Melayu-Islam, ianya melanggar teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang sememangnya sudah lama tidak disenangi Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Konsep Raja Berperlembagaan merupakan sejenis sistem demokrasi yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara berdasarkan prinsip trias politica, dimana kuasa Raja dalam rangkai eksekutif hanyalah simbolik dan dihadkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Dalam pada sama, raja-raja Melayu merupakan ketua agama islam bagi negeri masing-masing, kecuali di Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, di mana ketua agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan Perkara 3(3) Perlembagaan Persekutuan

Malangnya, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan biarpun ramai penulis, blogger, aktivis dan ahli-ahli politik sentiasa membuat andaian tersebut.

Hakikatnya, Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan dan bukannya agama ‘rasmi’ persekutuan.

Justeru, selagi tidak berlaku ancaman terhadap masyarakat Melayu-Islam, agama Islam, institusi-institusi Islam serta ketua agama Islam, selagi itulah perkara ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

Tetapi, apabila berlakunya ancaman terhadap masyarakat Melayu-Islam, agama Islam, institusi-institusi Islam dan ketua agama Islam, akan timbul persoalan kemampuan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu untuk menghapuskan ancaman tersebut dengan berkesan.

Persoalan ini akhirnya akan menjurus kepada konflik berkait dengan status agama Islam dan juga status Raja sebagai ketua agama Islam.

Ini memandangkan ancaman yang berlaku, biarpun terhadap Islam, akan melibatkan norma-norma kemasyarakatan serta undang-undang yang akan membabitkan masyarakat majmuk.

Di mana-mana mahkhamah di dunia, sesuatu perkara yang terbuka kepada tafsiran oleh pakar-pakar perundangan akan disifatkan sebagai ‘grey area’ yang mampu menimbulkan konflik sekiranya tidak diperhalusi.

Justeru, melainkan status sebenar agama Islam diiktiraf dengan jelas, masyarakat Islam akan sentiasa tersasar jauh dari kebenaran dan akan terus dibuli dan diperdaya oleh golongan-golongan tertentu, terutamanya dari PPBM, PKR, Amanah dan DAP.

Dan selagi status agama Islam tidak dijelaskan dengan tepat, selagi itulah undang-undang tidak dapat digubal bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong bertindak secara berkesan dan menyeluruh sebagai ketua agama Islam bagi melindungi masyarakat Melayu-Islam, agama Islam, institusi-institusi Islam serta raja-raja Melayu.

Saudara saudari sekalian,

Yang di-Pertuan Agong seharusnya mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, kerana kuasa tersebut akan membolehkan Baginda untuk mengganti Perdana Menteri yang dilihat sengaja mengaibkan masyarakat Melayu-Islam, agama Islam, institusi-institusi Islam serta raja-raja Melayu.

Malangnya, selagi agama Islam tidak diiktiraf sebagai agama rasmi persekutuan, selagi itulah Perlembagaan Persekutuan tidak dapat dipinda bagi memberikan Yang di-Pertuan Agong kuasa berkenaan.

Dan selagi Yang di-Pertuan Agong tidak diberikan kuasa untuk memecat Perdana Menteri, selagi itulah Baginda tidak mampu bergelar ketua agama Islam mahupun Amir dalam ertikata yang sebenarnya.

Malah, Baginda turut tidak akan mempunyai kuasa untuk memutuskan supaya kerajaan pusat bertindak mengubal undang-undang agar gejala Islamophobia dapat dibendung.

Atas kelemahan-kelemahan inilah penghinaan terhadap Nabi-Nabi, agama Islam, pemimpin-pemimpin Melayu-Islam, institusi-institusi Islam serta raja-raja Melayu makin berleluasa.

Memandangkan Mahathir tahu bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak dapat memecatnya, beliau terus membiarkan gejala ini berleluasa kerana taksub dengan wang, kuasa dan kedudukan (WKK).

Atas ketaksuban inilah beliau tidak berani menentang DAP biarpun tahu bahawa merekalah yang bertanggungjawab mengaibkan masyarakat Melayu-Islam, agama Islam, institusi-institusi Islam serta raja-raja Melayu.

Anehnya, dalam pada Mahathir takut dengan Lim Kit Siang, beliau berani menghina Sultan negeri Johor dengan memperlekeh kuasa Sultan untuk melantik Menteri Besar biarpun kuasa tersebut termaktub dengan jelas dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor.

Malah, untuk mengelirukan rakyat jelata, beliau terus menerus menghina Sultan Johor serta Tengku Mahkota Johor dengan mendakwa kononnya Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Bukan hanya tindak tandak beliau merupakan satu penginaan terhadap Sultan Johor, ianya merupakan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, memandangkan tidak ada satu apapun perkara ataupun peruntukkan dalam Perlembagaan yang membawa maksud “Sultan tidak mempunyai kuasa melantik Menteri Besar.”

Malah, Perkara 71 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa:

Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu

Mahathir tidak dapat menerima semua ini kerana tahu, bahawa selagi raja-raja Melayu bertakhta, selagi itulah negeri-negeri Melayu tidak boleh ‘dikuasai’ beliau spenuhnya kerana raja masih akan mempunyai hak ke atas perkara-perkara tertentu yang bersangkut paut dengan hutan dan soal jual beli tanah kerajaan.

Beliau turut tahu, bahawa selagi adanya raja-raja Melayu, selagi itulah kerajaan-kerajaan negeri mampu bekerjasama secara rahsia dengan pihak Istana untuk mencatur cabang eksekutif sebegitu rupa, supaya ketua-ketua eksekutif, barisan-barisan exco serta raja-raja Melayu mampu menentang pentadbiran pusat.

Perkara ini tidak pernah menjadi masalah semasa pentadbiran Mahathir di era lapan puluhan dan sembilan puluhan.

Ini memandangkan, pada ketika itu, hampir kesemua negeri Melayu merupakan ‘fixed deposit’ Barisan Nasional yang dipimpin boneka-boneka yang hanya tahu menurut cakap Mahathir.

Tetapi hari ini, disebabkan PPBM merupakan sebuah parti yang lemah, Muhyiddin memberanikan dirinya bersekongkol dengan beberapa pemimpin PPBM di Johor untuk mengenepikan Mahathir dan berurusan terus dengan pihak istana.

Setelah mendapat tahu perkara ini, Mahathir mula menghina Sultan Johor dan Perlembagaan negeri Johor, kerana tahu, bahawa tindak tanduknya tidak akan mengaibkan dirinya memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak memiliki kuasa untuk memecat Perdana Menteri.

Bersambung…


Click on the button below, or send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gerakan Bangsa Nasional

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...