Perbicaraan Najib: Saksi ke-34 mengaku SPRM bantu bina ayat

Peguambela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Harvinderjit Singh hadir pada perbicaraan anak guamnya berkaitan kes dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Sumber (gambar): Malaysians Must Know The Truth

Peguam bela, Harvinderjit Singh melahirkan rasa hairan apabila saksi ke-34, Amirah Muhamad Nor serta saksi ke-33,  Ambalagam Marappan menggunakan kenyataan sama ketika membacakan keterangan mereka.

Amirah dan Anbalagam merupakan bekas pegawai KWAP yang terlibat dalam mengeluarkan baucer bayaran kepada SRC International.


KUALA LUMPUR: Peguam bela, Harvinderjit Singh melahirkan rasa hairan apabila saksi ke-34, Amirah Muhamad Nor serta saksi ke-33,  Ambalagam Marappan menggunakan kenyataan sama ketika membacakan keterangan mereka.

Malah beberapa kali, Harvinderjit menyoal kembali Amirah adakah kenyataan itu merupakan ayat-ayatnya sendiri ataupun dibantu oleh pihak lain.

Amirah bagaimanapun secara tegas mengulangi semuanya adalah maklumat olehnya sendiri, namun telah dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Harvinderjit: Tahukah kamu kedua-dua kenyataan saksi, kamu pada perenggan 13, 16 dan 17 sama seperti Anbalagan pada kenyataan beliau di perenggan 12 dan 13?

Amirah: Saya sudah cakap tadi, maklumat itu saya punya, SPRM telah bantu saya dengan ayatnya sahaja.

Harvinderjit: Adakah ayat itu ditaipkan? Kerana setahu saya, pada akhirnya dokumen itu memang ditaip dan maklumat datang daripada anda tapi ayat daripada SPRM. Ini kerana agak mustahil untuk dua orang membuat kenyataan yang sama dengan perenggan sama.

Memang terang sekali kenyataan ini ‘universal’ kerana cara ianya disediakan.

Amirah: Saya sudah maklumkan tadi, dokumen ini sebenarnya telah dibantu oleh pegawai SPRM melalui penggunaan ayatnya tetapi maklumat itu adalah saya punya.

Harvinderjit: Saya setuju tetapi perkataan-perkataan itu mereka (SPRM) yang punya, anda setuju dengan saya?

Amirah: Ya.

Harvinderjit: Adakah anda ada melihat kenyataan Anbalagam banyak kali?

Amirah: Tidak.

Harvinderjit: Kamu hanya melihat kenyataan kamu sahaja?

Amirah: Ya.

Amirah dan Anbalagam merupakan bekas pegawai KWAP yang terlibat dalam mengeluarkan baucer bayaran kepada SRC International.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...