Perbicaraan Rosmah: Hakim arah Najib keluar Mahkamah

Najib hadir untuk mengikuti perbicaraan kes rasuah dihadapi isterinya berhubung projek tenaga solar 369 sekolah luar bandar di Sarawak. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤربيچاراان روسمه: حاكيم اره نجيب كلوار محكمه

Datuk Seri Najib Razak diarah keluar oleh hakim Mahkamah Tinggi, ketika hadir mengikuti perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pagi ini.

Sejurus Najib duduk di galeri awam, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri itu, sama ada wajar bagi Najib mengikuti prosiding perbicaraan berkenaan.

Susulan maklumat disampaikan oleh pihak pendakwaan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, meminta Najib keluar daripada dewan mahkamah berkenaan.

Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak diarah keluar oleh hakim Mahkamah Tinggi, ketika hadir mengikuti perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, pagi ini.

Terdahulu, Najib hadir untuk mengikuti perbicaraan kes rasuah dihadapi isterinya berhubung projek tenaga solar 369 sekolah luar bandar di Sarawak.




Sejurus Najib duduk di galeri awam, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri itu, sama ada wajar bagi Najib mengikuti prosiding perbicaraan berkenaan.

Ahmad Akram berkata, ia berikutan kenyataan Najib sebelum ini pernah dirakamkan sebagai sebahagian daripada siasatan oleh pihak berkuasa terhadap kes itu.

“Dalam kes ini, kenyataan Najib dirakamkan dan beliau berpotensi untuk menjadi saksi,” katanya.

Susulan maklumat disampaikan oleh pihak pendakwaan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, meminta Najib keluar daripada dewan mahkamah berkenaan.

Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor.

Wang itu sebagai upah kerana membantu syarikat berkenaan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Gense/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di tiga tempat berasingan iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini dan Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Mac dan 7 September, 2018.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...