
ڤربيچاراان روسمه: سقسي بريتاهو بكس منتري ڤنديديقن مينتا هابوان اتاو اوڤه 20 ڤراتوس اونتوق ڤروجيك سولر
Saksi ke-16 dalam perbicaraan rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi sebentar tadi bahawa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ada meminta habuan atau upah kerana membantu Syarikat Jepak Holdings mendapatkan projek solar itu lima tahun lalu.
Menurut laporan, perkara itu didedahkan oleh Rayyan Radzwill Abdullah yang merupakan rakan kongsi Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kadir, Rayyan mendakwa Mahdzir pada mulanya mahu mendapatkan “habuan” daripada Jepak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan projek.
Dalam prosiding sama, Rayyan turut memaklumkan Setiausaha UMNO Pekan, Datuk Aazmey Abu Talib yang terlibat secara langsung dalam projek ketika itu ada memberitahu dia ada menerima RM2 juta daripada Jepak Holdings namun saksi itu tidak mempunyai pengetahuan bagaimana cara pembayaran itu dibuat.
PETALING JAYA: Saksi ke-16 dalam perbicaraan rasuah melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi sebentar tadi bahawa bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ada meminta habuan atau upah kerana membantu Syarikat Jepak Holdings mendapatkan projek solar itu lima tahun lalu.
Menurut laporan, perkara itu didedahkan oleh Rayyan Radzwill Abdullah yang merupakan rakan kongsi Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.
Menurut Rayyan, Mahdzir meminta sebanyak 20 peratus (RM250 juta) habuan daripada projek solar yang berjumlah 1.25 bilion itu selepas satu perjanjian Surat Setuju Terima (SST) dimeterai antara Jepak dan Mahdzir.
“Jumlah 20 peratus itu diminta melalui orang tengah yang dikenali sebagai Md. Fuad Yasin yang mana individu itu menghadiri satu mesyuarat dan rundingan persetujuan kedua-dua belah pihak untuk memberi jumlah bayaran tersebut (20 peratus). Hasil perbincangan itu, Jepak Holdings bersetuju untuk membayar RM1 juta kepada Mahdzir selama 60 bulan atau lima tahun,” kata saksi itu wang itu kesemuanya berjumlah RM60 juta.
Rayyan dilaporkan berkata demikian selepas menjawab soalan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader pada perbicaraan kes Rosmah berhubung Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Gense/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Pada 5 November 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan mencari Fuad untuk membantu siasatan bagi kes melibatkan pembekalan diesel dan pemasangan panel solar di 369 sekolah di Sarawak.
Pada 11hb Februari 2019 pula, Mahdzir, yang merupakan saksi kelima pendakwaan, menafikan memberi lampu hijau kepada projek itu sebagai pertukaran kepada pembayaran RM1 juta setiap bulan selama lima tahun.
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kadir, Rayyan mendakwa Mahdzir pada mulanya mahu mendapatkan “habuan” daripada Jepak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan projek.
Dalam prosiding sama, Rayyan turut memaklumkan Setiausaha UMNO Pekan, Datuk Aazmey Abu Talib yang terlibat secara langsung dalam projek ketika itu ada memberitahu dia ada menerima RM2 juta daripada Jepak Holdings namun saksi itu tidak mempunyai pengetahuan bagaimana cara pembayaran itu dibuat.
Media turut melaporkan Akberdin membangkitkan penglibatan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang didakwa menandatangani surat SST tersebut.
Ketika Akberdin bertanya adakah saksi bersetuju bahawa Madinah ada membantu Jepak dalam projek berkenaan, saksi bersetuju dengan cadangan soalan itu.
Pada masa sama peguam itu ada bertanya kepada saksi tersebut adakah dia ada menganggu mana-mana pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk Tan Sri Madinah saksi itu berkata dia tidak pernah mengugut sesiapa.
“Selepas Pakatan Harapan menang, saya ada berhubung dengan Tan Sri Madinah dan tuduhan mengatakan saya ada menganggu atau membuat gangguan adalah tidak benar,” katanya.
Perbicaraan bersambung lagi esok dihadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala pembelaan diwakili peguam Akberdin.
Rosmah, 68, dibicarakan atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga tempat berasingan iaitu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta; di kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 hingga 7 September 2017.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
