Percaturan sebenar yang dirahsiakan dari umum

“Seandainya UMNO dan PPBM bergabung, sudah pasti Muhyddin akan duduk sebagai presiden “UMNO-BERSATU” (atau BERSATU-UMNO atau UMNO 3.0 ). Tetapi Muhyiddin kesuntukan masa dan mesti menjayakan rancangan ini sebelum bulan Mei. Lagi cepat Zahid berundur, lagi awal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15. Persoalannya, bagaimanakah Muhyiddin akan meyakinkan Zahid untuk berundur dari jawaan presiden UMNO?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤرچاتورن سبنر يڠ درهسياكن دري عموم

Ramai tidak tahu, Tan Sri Annuar Musa merupakan pemimpin UMNO pertama yang mencadangkan kerjasama UMNO-DAP ekoran kekalahan Barisan Nasional semasa pilihan raya ke-14.

Pada bulan Ogos 2018, Annuar menyuarakan ketersediaan UMNO untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP.




Kenyataan Annuar tidak pernah disangkal oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahupun Datuk Seri Najib Tun Razak yang sememangnya bersekutu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari awal lagi.

Tetapi lain pula nada Annuar Musa kebelakangan ini.

Selasa lalu, beliau menyerang kepimpinan UMNO kerana bersekongkol dengan DAP sambil mendakwa parti komponen Pakatan Harapan itu merupakan “parti sosialis.”

Hipokrit, bukan?

Hipokrisi inilah yang menjadikan majoriti pemimpin UMNO meluat terhadap Annuar, tidak kira samada pemimpin yang dimaksudkan itu pro atau anti Zahid.

Namun, dakwaan Annuar bahawa ahli majlis tertinggi UMNO bertemu dan mengadakan perbincangan dengan wakil dari DAP bukannya rekaan.

Saya sendiri memberi jaminan bahawa Zahid dan Najib sememangnya mengadakan perbincangan dengan wakil dari DAP untuk membincangkan kemungkinan Barisan Nasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Loading...

Tidak lama selepas perbincangan itu, Zahid terus mengumumkan ketersediaan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP.

Malah, Nga Kor Ming sendiri mengesahkan pertimbangan DAP dalam hal itu dan mengambil pendirian yang seakan-akan sama dengan Zahid.

Annuar Musa pula terus menerus menyerang kepimpinan UMNO sambil mendakwa DAP mengiktiraf Komunisme dan menyembah pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya sebagai pahlawan.

Malangnya, Annuar lupa bahawa beberapa pemimpin UMNO dan MCA turut mempunyai hubungan mesra dengan pemimpin-pemimpin Parti Komunis China di Beijing, termasuk Najib dan presiden MCA.

Hakikatnya, Annuar Musa bukannya cuba untuk menegakkan kebenaran tetapi menyerang Zahid dengan apa jua cara sekalipun, biarpun menerusi kenyataan propaganda dan perang persepsi.

Saya rasa satu Malaysia sudah sedia maklum bahawa Annuar kini bersekutu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berkemungkinan besar ‘diarahkan’ untuk menyembur racun ke atas Zahid.

Racun ini bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO agar mereka melihat Zahid sebagai beban dan mengusir beliau keluar dari kerusi presiden.

Berdasarkan pemahaman saya, kesemua ini dilakukan bagi membuka jalan kepada Muhyiddin agar PPBM boleh dibawa bergabung dengan UMNO.

Tetapi Zahid dan Najib tetap ingin menguasai UMNO dan berharap semua ahli Parlimen dari parti itu bersetuju untuk menjalinkan kerjasama politik dengan DAP, PKR dan AMANAH seandainya Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan sokongan majoriti.

Malangnya, Anwar gagal mendapatkan sokongan itu dari awal lagi walaupun berulang kali memperdaya ahli-ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang.

Sehingga kini, jumlah dokumen sokongan yang dikumpulkan oleh Anwar tidak pernah mencecah angka 91, iaitu jumlah keseluruhan ahli parlimen dalam Pakatan Harapan.

Zahid dan Najib pula sudah lama hilang pegangan mereka terhadap UMNO dan kini menguasai satu golongan minoriti (Team A) merangkumi tujuh ahli parlimen dan 15-20 peratus pemimpin bahagian dan cawangan.

Manakala itu, Team B terdiri daripada 25 ahli parlimen dan 80 peratus pemimpin bahagian dan cawangan yang setia bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dan Annuar Musa?

Saya difahamkan, beliau kini hanya disokong oleh seorang ahli parlimen UMNO dan tiga pemimpin bahagian, sekaligus bermakna pengaruhnya dalam parti hampir tidak wujud.

Ini bermakna Muhyiddin terpaksa bekerjasama dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein andai kata niat beliau adalah untuk menggantikan Zahid dengan orangnya sendiri sebagai presiden UMNO ketika pemilihan parti.

Tetapi risikonya terlalu tinggi, kerana majoriti pemimpin UMNO tidak lagi menerima PPBM dan dijangka akan menyokong Zahid semata-mata untuk menggagalkan rancangan Muhyiddin.

Inilah sebabnya Muhyiddin inginkan pemilihan UMNO ditangguhkan. Mungkinkah ini alasan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan diadakan? Untuk menangguhkan pemilihan parti?

Saya tidak pasti, tetapi sebelum pemilihan parti, Muhyiddin dikatakan ingin Zahid berundur secara sukarela dan menyokong penggabungan UMNO dan PPBM.

Seandainya UMNO dan PPBM bergabung, sudah pasti Muhyddin akan duduk sebagai presiden “UMNO-BERSATU” (atau BERSATU-UMNO atau UMNO 3.0 ).

Mungkin juga Hishammuddin akan bertanding untuk jawatan presiden selepas Zahid berundur sebelum membincangkan isu penggabungan UMNO dan PPBM bersama perwakilan parti.

Apakah ini sebabnya Muhyiddin bertemu dengan Hishammuddin? Apakah Muhyiddin cuba meyakinkan Hishammuddin untuk memujuk pemimpin bahagian dan cawangan di bawah pengaruhnya untuk menerima penggabungan ini?

Apa pun, Muhyiddin kesuntukan masa dan mesti menjayakan rancangan ini sebelum bulan Mei. Lagi cepat Zahid berundur, lagi awal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

Persoalannya, bagaimanakah Muhyiddin akan meyakinkan Zahid untuk berundur dari jawaan presiden UMNO?

Satu Malaysia tahu bahawa serangan Annuar Musa terhadap Zahid tidak berjaya, dan semakin lama Pilihan Raya Umum ditangguhkan, semakin meluat rakyat terhadap PPBM, PAS dan UMNO.

Apakah Muhyiddin akan cuba membuat perjanjian sulit dengan Zahid untuk menjamin kebebasannya sekiranya Zahid bersetuju untuk ‘serahkan’ UMNO seketul kepada PPBM?

Bersambung…

WAJIB BACA (VERSI INGGERIS):

Zahid has what Muhyiddin wants…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...