Percayalah, Anwar tidak miliki sokongan majoriti dan sedang cemas, inilah sebabnya

“Saya dengan ini mencabar Anwar untuk tidak membuang masa lagi dan terus ke Institut Jantung Negara dan membuat sidang media di sana sambil menunjukkan dengan jelas kepada wartawan ‘bukti’ sokongan majoriti terhadap beliau yang sememangnya tidak wujud. Sebabnya….”

Raggie Jessy Rithaudeen

Nota: Saya akan membuat siding media terbuka pada pukul 5 petang ini bagi bagi menjelaskan kandungan artikel ini. Sidang ini turut akan disiarkan menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) pada masa yang sama.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengadakan sidang media tergempar di mana beliau mendakwa memiliki sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, majoriti yang dimilikinya “kukuh dan meyakinkan” serta menghampiri majoriti dua per tiga.




Anwar menambah, beliau dijadualkan mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Selasa lalu tetapi Baginda Tuanku sedang menjalani rawatan.

Ini satu pembohongan.

Saya tidak menafikan Anwar mungkin telah berhubung dengan Baginda Tuanku atau dijadualkan menghadapnya, tetapi jumlah ahli parlimen yang menyokongnya terlalu kurang dan tak sampai pun majoriti mudah, jauh sekali dua per tiga.

Kesahihan dakwaan Anwar turut dipertikaikan oleh beberapa ahli parlimen yang telah saya hubungi sebentar tadi yang mendakwa ini merupakan satu lagi ‘sandiwara’ beliau.

Untuk makluman, saya sebelum ini pernah mendedahkan (rujuk bawah) persefahaman yang wujud antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar berhubung kerjasama antara Barisan Nasional dan PKR di Sabah dan juga di peringkat nasional selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Najib setuju Anwar jadi Perdana Menteri jika PKR bantu Barisan Nasional (Bahagian Satu)

Loading...

Saya menulis:

Menurut persefahaman ini, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melepaskan pencalonan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sekiranya PKR dan Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya mengakhiri artikel tersebut dengan menulis bahawa ini merupakan salah satu daripada tiga rancangan sulit Najib bagi meningkatkan kemungkinan Team A kembali ke tampuk kepimpinan negara dalam masa terdekat.

Rancangan kedua yang masih belum saya ceritakan ialah usaha orang-orang Najib mendapatkan Team A dan sekumpulan ahli parlimen dari Team B, PAS (kem Tuan Ibrahim Tuan Man) dan Sarawak untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Apa pun, rancangan ini gagal teruk kerana pada ketika ini, bukan hanya sokongan majoriti dimiliki oleh seorang insan yang namanya bukannya Anwar Ibrahim, ramai ahli palimen dari DAP, AMANAH, UMNO (Team B), PAS, Sabah dan Sarawak sah tidak bersama Anwar.

Sebenarnya, apa yang Anwar sedang lakukan ialah tindakan terdesak seorang cemas yang tahu insan tersebut sudah memiliki sokongan majoriti tetapi masih belum mengorak langkah.

Justeru, Anwar sedang cuba mempengaruhi seramai mana ahli parlimen yang mungkin dengan pengumuman ini dengan harapan mereka keliru dan menarik balik sokongan mereka terhadap insan tersebut.

Saya dengan ini mencabar Anwar untuk tidak membuang masa lagi dan terus ke Institut Jantung Negara dan membuat sidang media di sana sambil menunjukkan dengan jelas kepada wartawan ‘bukti’ sokongan majoriti terhadap beliau yang sememangnya tidak wujud.

WAJIB BACA:

Pengumuman Anwar komplot penipuan terbesar sejarah Tanah Air, kalah 1MDB

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...