Percubaan Zahid gugat kedudukan Ismail Sabri akan gagal, ini sebabnya

“Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak wajib mempertimbangkan cadangan UMNO, kerana keputusan untuk mengusulkan pembubaran parlimen sebelum penggal penuh parlimen ke-14 tamat adalah budi bicara perdana menteri, bukannya urusan parti politik”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤرچوبأن زاهيد ڬوڬت كدودوكن اسماعيل صبري اكن ڬاڬل، اين سببڽ

Pada 28hb Julai 2022, sejarah tercipta apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 yang melarang Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.

Menurut RUU ini, seseorang Ahli Parlimen tidak akan kehilangan kerusinya jika dia dipecat daripada partinya atau sekiranya parti politiknya terbubar atau dibatalkan pendaftarannya.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Namun, jika keahlian wakil rakyat berkenaan digugurkan berdasarkan perlembagaan parti kerana mempunyai prinsip yang bertentangan dengan parti, dia boleh dianggap telah bertukar parti dan perlu mengosongkan kerusinya.

Syaratnya, perlembagaan parti perlu memperuntukkan bahawa perbuatan ahli Dewan Rakyat terbabit yang tidak mengikut prinsip parti atau melanggar arahan whip akan menyebabkannya tidak  lagi menjadi anggota parti politik tersebut dengan sendirinya.

Saya jangka Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengarahkan perlembagaan UMNO dipinda dalam masa terdekat untuk menyelitkan peruntukan ini untuk menekan Datuk Seri Ismail Sabri mengusulkan pembubaran parlimen kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Menurut perlembagaan UMNO, pindaan perlembagaan parti memerlukan satu ketetapan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua per tiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada pendaftar pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan meminda perlembagaan itu diluluskan.

Manakala itu, Setiausaha Agung UMNO perlu memanggil Perhimpunan Agung Khas dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan bertulis diterima daripada dua per tiga ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

Dengan mengambil kira semua ini, saya menjangkakan Zahid akan menekan untuk diadakan Perhimpunan Agung Khas pada bulan September untuk meminda lanjut perlembagaan UMNO bagi menyelaraskannya dengan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.

Kemudian, UMNO akan tertakluk kepada jangka masa kelulusan oleh pendaftar pertubuhan, dan kelulusan ini boleh diperolehi seawal bulan Oktober, selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO sebagai tarikh pembubaran parlimen.

Loading...

Jika MKT bermesyuarat sebelum bulan Oktober dan menetapkan bulan itu sebagai cadangan tarikh pembubaran parlimen, sebagai naib presiden UMNO, Ismail Sabri perlu akur dengan cadangan itu dan tidak boleh menentangnya sebagai ahli parti.

Namun, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak wajib mempertimbangkan cadangan UMNO, kerana keputusan untuk mengusulkan pembubaran parlimen sebelum penggal penuh parlimen ke-14 tamat adalah budi bicara perdana menteri, bukannya urusan parti politik.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...