Perdana Menteri baharu

“Apa yang tidak disedari oleh Muhyiddin ialah kuasa melantik Perdana Menteri ‘caretaker’ merupakan kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong, di mana Baginda Tuanku berhak melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli parlimen sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sekiranya parlimen dibubarkan”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤردان منتري بهارو

Seperti yang saya jangka, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan pembubaran parlimen, samada sebelum parlimen bersidang awal November ini atau sekiranya Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Ini selaras dengan dakwaan saya selama ini bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin langsung tidak menghiraukan kebajikan rakyat dan sanggup berbuat apa sahaja untuk cuba kekalkan kuasa, biarpun terpaksa mengambil tindakan yang sudah pasti memudaratkan rakyat.




Muhyiddin kini sedang bertungkus lumus mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu dalam UMNO dan PAS untuk cuba mencapai satu persefahaman yang akan memungkinkan PPBM masuk Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai sekutu Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun, majoriti ahli-ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin bahagian dari UMNO kini bersekutu dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan tidak berminat untuk bekerjasama dengan Muhyiddin atau presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli-ahli parlimen ini tergolong dalam kumpulan yang dikenali sebagai Team B dan menentang terus kepimpinan parti yang dipegang oleh Team A, diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku penasihat Barisan Nasional.

Menurut Suara.tv, membubarkan Parlimen dan bertindak sebagai ‘caretaker government’ selama 60 hari adalah perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Muhyiddin walaupun wabak Covid-19 kini makin menggila.

Bagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh Muhyiddin ialah kuasa melantik Perdana Menteri ‘caretaker’ merupakan kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong, di mana Baginda Tuanku berhak melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli parlimen sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sekiranya parlimen dibubarkan.

Justeru, tanggapan Muhyiddin bahawa puak pemerintah semestinya akan bertindak sebagai ‘caretaker government’ adalah tidak benar biarpun ianya kelaziman sebelum ini.

Muhyiddin turut perlu sedar bahawa Yang Di-Pertuan Agong mempunyai hak berperlembagaan untuk menangguh permintaan pembubaran parlimen atas budi bicara Baginda Tuanku tanpa perlu Baginda Tuanku memberikan sebarang sebab penangguhan itu dibuat.

Loading...

Seandainya Yang Di-Pertuan Agong berbuat demikian, Muhyiddin akan terpaksa meletakkan jawatan, kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perdana Menteri wajib meletakkan jawatan melainkan Yang Di-Pertuan Agong membubarkan parlimen atas permintaan Perdana Menteri itu.

Justeru, sebaik sahaja Belanjawan 2021 gagal mendapat kelulusan Dewan Rakyat, kerajaan pimpinan Muhyiddin akan dianggap “tumbang” secara sah dan peletakkan jawatan Muhyiddin boleh dianggap sebagai ‘otomatik’ sekiranya Yang Di-Pertuan Agong menangguhkan membubarkan parlimen.

Ini sekaligus memberikan kuasa berperlembagaan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu, samada secara interim sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 atau secara kekal dengan mengenalpasti pihak yang mungkin mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

BACA JUGA:

Game over for Zahid, Najib

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...