Perdana Menteri ke-8: Lebih baik Tengku Razaleigh dari Anwar Ibrahim

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Sumber (gambar): Yahoo News Malaysia

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤردان منتري ك-8: لبيه باءيق تڠكو غزالياغ دري انور إبراهيم

Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah merupakan calon yang lebih sesuai sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya jika Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya tubuhkan gabungan baru bersama PPBM, UMNO, PAS, kem Datuk Seri Azmin Ali dan puak anti Lim Kit Siang dari DAP.

Bukan hanya Razaleigh pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan dari tahun 1976 hingga ke tahun 1984, beliau pernah menjadi Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987) dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia, IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).




Razaleigh, yang lebih dikenali dengan gelaran Ku Li, turut mengetahui selok-belok perniagaan Petronas (Petroliam Nasional Berhad) memandangkan beliaulah yang mengasaskan syarikat minyak, gas dan pelaburan tersebut pada tahun 1974.

Sewaktu di Petronas, beliau dilantik sebagai Pengerusi syarikat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2.

Razaleigh turut pernah menyandang jawatan Naib Presiden dan Bendahari UMNO di sekitar tahun 1970-an.

Pada tahun 1988, setelah permohonan beliau untuk menyertai UMNO Baru ditolak, Allahyarham Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar beliau menubuhkan Semangat 46 sebagai satu platform untuk ahli-ahli UMNO Lama yang tidak diterima oleh UMNO Baru.

Semasa di Semangat, Razaleigh berjaya menjalinkan hubungan akrab dengan PAS menerusi Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerusi Gagasan Rakyat.

Beliau terus menjadi Presiden Semangat 46 sehingga parti tersebut dibubarkan pada 1996. Razaleigh kemudian menyertai semula UMNO dan kini merupakan ahli parlimen Gua Musang serta ahli Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat.

Sekiranya gabungan baru Mahathir menjadi kenyataan, orang yang paling sesuai untuk dijadikan Perdana Menteri Malaysia ke-8 apabila Mahathir bersedia untuk berundur tak lain tak bukan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Loading...

Bukan hanya Razaleigh boleh diterima oleh kesemua pemimpin politik tempatan, baik dari pihak pembangkang mahupun kerajaan, beliau berpengalaman luas dalam hal-ehwal pentadbiran kewangan serta boleh membantu bawa Malaysia keluar dari belengu ketidaktentuan yang melanda ekonomi negara pada ketika ini.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...