Tun Carlos
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik cucu saudara beliau Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat sebagai Setiausaha Politiknya.
Mohamad Nuhairi telah mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam di bangunan Perdana Putrajaya.
Mohamad Nuhairi adalah anak kepada Pengerusi Yasmin Group iaitu, Tan Sri Rahmat Abu Bakar dan ibunya Puan Sri Yasmin Mashahor. Tan Sri Rahmat adalah anak saudara Tun Mahathir.
Yasmin Group adalah sebuah syarikat yang menjadi kontroversi kerana memonopoli tender untuk membekalkan anti-rust kepada PROTON sejak tahun 1985.
Mohamad Nuhairi juga adalah salah seorang daripada Board of Director syarikat tersebut selain adik-beradiknya yang lain.
Rakyat dinasihatkan berlaku adil agar tidak mengaitkan perlantikan cucu Tun M ini dengan apa-apa isu nepotisme, kroni dan sebagainya. Nuhairi Rahmat dipilih kerana beliau sangat rajin, pandai dan didapati layak untuk menjawat jawatan tersebut.
