Perdana Menteri setuju tangguh mansuh elaun kritikal

Menurut Syed Saddiq, perbincangan telah dibuat dan Dr Mahathir bersetuju dengan perkara tersebut. Sumber (gambar): TTF

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada penjawat awam.

Perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui Twitter rasminya semalam.

Pemansuhan BIPK akan melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020.

Sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan antaranya ialah Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.

Penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan 20 Disember 2019.


SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada penjawat awam.

Perkara itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui Twitter rasminya semalam.




Menurutnya, perbincangan telah dibuat dan Dr Mahathir bersetuju dengan perkara tersebut.

“Saya baru berbincang dengan Dr Mahathir dalam isu elaun kritikal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Alhamdulillah, beliau telah bersetuju menangguhkan pekeliling JPA yang baru, berkenaan elaun kritikal.

“Kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat Kabinet pertama pada Januari akan datang,” katanya.

Syed Saddiq berkata, beliau akan terus memastikan suara anak muda didengar dan diberi perhatian.

“Suara anak muda adalah suara keramat. Mereka merupakan pewaris negara bangsa kita bersama. Saya akan pastikan suara doktor, jururawat muda dalam sektor kerajaan tidak akan diabaikan dan tidak akan dianaktirikan. Insya-ALLAH, kita akan usahakan yang terbaik,” katanya.

Syed Saddiq sebelum ini menjadi antara terawal memberi reaksi balas membantah perlaksanaan pemansuhan BIPK dan sanggup memulangkan elaun percutian serta memotong 10 peratus gaji yang diterima sebagai menteri.

Beliau juga menegaskan, kerajaan sepatutnya membuat pemotongan elaun menteri bukannya penjawat awam.

Loading...

Pemansuhan BIPK akan melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020.

Sebanyak lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan antaranya ialah Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.

Penamatan elaun itu dirujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 yang dikeluarkan 20 Disember 2019.

Isu tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang mahu kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...