Pergolakan PPBM di kawasan Mahathir sendiri

Pergolakan berlaku di kawasan PPBM yang diketuai sendiri oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Langkawi.

Ahli Jawatankuasa PPBM Bahagian, Mohamad Ratu Mansor mendakwa, calon yang dipilih tidak langsung sesuai untuk diketengahkan.




Ratu berkata pemilihan tidak mengikut prosedur kerana tiada sebarang perbincangan berlaku sebelum mengumumkan nama calon.

LANGKAWI: Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang serius khususnya di Selangor telah merebak ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah.

Lebih ironi, pergolakan tersebut berlaku di kawasan PPBM yang diketuai sendiri oleh Pengerusi mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi.

Pemilihan calon gabungan pembangkang PKR untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi parti berkenaan.

Ahli Jawatankuasa PPBM Bahagian, Mohamad Ratu Mansor mendakwa, calon yang dipilih tidak langsung sesuai untuk diketengahkan malah mungkin hanya akan merugikan penduduk setempat sekiranya ditakdirkan menang.

“Pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Langkawi, Mohd. Firdaus Ahmad sebagai calon sebenarnya tidak langsung menggambarkan kehendak akar umbi. Bagi kami, apa yang dilakukan ini tidak langsung mengikut prosedur.

Loading...

“Apabila nama Mohd. Firdaus diumumkan, kami suarakan kepada para kepemimpinan parti berhubung hal ini namun tidak diendahkan. Justeru kami mengambil jalan untuk mengadakan sidang akhbar ini dan tindakan lanjut akan diambil sekiranya mereka terus tidak mengendahkan suara kami pada hari penamaan calon nanti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut akan kemelut ini, Ratu berkata pemilihan Firdaus dianggap tidak mengikut prosedur kerana tiada sebarang perbincangan berlaku sebelum mengumumkan nama calon berkenaan.

“Sebenarnya ada enam calon termasuk Firdaus yang hendak diketengahkan di DUN itu dan keenam-enam mereka bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 14 April lalu.

“Saya difahamkan tiada keputusan dibuat dalam pengumuman tersebut tetapi tahu-tahu saja, mereka terus umumkan calon pada 15 Mei lalu tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Sudah tentu tindakan ini hanya merugikan parti kerana masih ada orang lain yang lebih berpengaruh daripada Firdaus,” katanya.

Kesan daripada kemelut ini, sebanyak 11 daripada 14 Pusat Daerah Mengundi memprotes penamaan Mohd. Firdaus sebagai calon dan sebahagian daripadanya bertindak hanya berkempen untuk calon Parlimen saja tanpa mengendahkan Mohd. Firdaus

Sumber: TV14



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...