Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan Mac, dijangka muktamadkan perpisahan UMNO-PPBM

Majlis tertinggi UMNO memutuskan tarikh PAU 2020 ialah pada 27 dan 28 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad). Sumber (gambar): Fail TTF

ڤرهيمڤونن اڬوڠ امنو هوجوڠ بولن اين، دجڠك معتمدكن ڤرڤيسهن امنو-ڤڤبم

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 akan diadakan pada 27 dan 28hb Mac depan selepas ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut laporan, Setiausaha Agung parti, Ahmad Maslan, berkata perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka dan juga maya.

PAU kali ini dijangka akan mengusulkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO memutuskan hubungan kerjasama sebaik sahaja Darurat tamat.

Ini susulan desakan majoriti pemimpin parti di semua peringkat yang inginkan UMNO bertanding secara ‘solo’ di Pilihan Raya Umum ke-15.


PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 akan diadakan pada 27 dan 28hb Mac depan selepas ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (

Menurut laporan, Setiausaha Agung parti, Ahmad Maslan, berkata perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka dan juga maya.




“Majlis tertinggi UMNO memutuskan tarikh PAU 2020 ialah pada 27 dan 28 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad).

“Perhimpunan PAU adalah kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan juga secara maya.”

“Segala prosedur operasi standard (SOP), PKP, PKPP dan PKPP akan dipatuhi,” katanya.

PAU kali ini dijangka akan mengusulkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO memutuskan hubungan kerjasama sebaik sahaja Darurat tamat.

Ini susulan desakan majoriti pemimpin parti di semua peringkat yang inginkan UMNO bertanding secara ‘solo’ di Pilihan Raya Umum ke-15.

Usul tersebut sudah diterima di peringkat majlis tertinggi namun perlu disahkan di peringkat perhimpunan agung parti itu.

Beberapa pemimpin kanan UMNO menjelaskan tuntutan itu bukan bermakna mereka mahu PRU diadakan sekarang, sebaliknya diadakan apabila wabak Covid-19 dapat dikawal.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...