Perhimpunan Brickfields: Polis tahan penganjur perhimpunan

Masyarakat Islam Tanah Air dinasihatkan agar tidak menghadiri perhimpunan “Say No to Zakir Naik” esok yang disyaki didalangi beberapa puak minoriti berkepentingan yang cuba menimbulkan suasana huru-hara di negara ini. Sumber (gambar): Sinar Harian

Polis menahan dua individu, dipercayai berbangsa India bagi membantu siasatan berhubung penganjuran bantah tulisan jawi di Brickfields di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, perhimpunan itu berlangsung tanpa mendapat kebenaran tuan tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Dua lelaki itu ditahan untuk direkod percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita di lokasi himpunan hari ini.

TTF: Satu lagi perhimpunan haram mementang penetapan terus Zakir Naik akan diadakan esok. Masyarakat Muslim dinasihatkan agar menjauhi kawasan Brickfields esok kerana inilah yang dimahukan pihak penganjur.

BACA: RJ Rithaudeen: Masyarakat Muslim jangan ke Brickfields esok kerana ianya jerat


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu, dipercayai berbangsa India bagi membantu siasatan berhubung penganjuran bantah tulisan jawi di Brickfields di sini hari ini.

Penahanan dua lelaki yang dipercayai penganjur himpunan itu dibuat selepas tamat perhimpunan tersebut pada jam 7.30 petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, perhimpunan itu berlangsung tanpa mendapat kebenaran tuan tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


“Dua lelaki itu ditahan untuk direkod percakapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita di lokasi himpunan hari ini.

Arifai berkata, perhimpunan yang bermula jam 7 petang itu disertai kira-kira 500 peserta.

Katanya, polis tidak membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung kerana khuatir akan menimbulkan isu sensitif selain menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Perhimpunan bagaimanapun berlangsung dengan aman. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya.

Diadaptasi dari:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...