Perhimpunan pro-komunis: Enam dari sembilan persatuan terlibat sah haram

Muhyiddin said since the Malayan Communist Party (CPM) had been banned and that the communist ideology should no longer exist in Malaysia. Source (pic): Astro Awani

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan enam daripada sembilan persatuan yang dikenal pasti terbabit menganjurkan majlis peringatan ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai, Thailand, di Kajang, 1 Disember lalu adalah pertubuhan haram.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua enam persatuan berkenaan dikenal pasti tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bahagian Pagoh di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh di sini hari ini.

Mengulas mengenai keperluan mendedahkan senarai persatuan terlibat, Muhyiddin berkata, ia penting supaya ahli persatuan sedar tujuan mereka menyertai mana-mana persatuan.


PAGOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan enam daripada sembilan persatuan yang dikenal pasti terbabit menganjurkan majlis peringatan ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai, Thailand, di Kajang, 1 Disember lalu adalah pertubuhan haram.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua enam persatuan berkenaan dikenal pasti tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).




“Mengikut laporan saya terima, tiga sahaja berdaftar, manakala selebihnya adalah pertubuhan haram. Dan dengan itu, pihak polis kita sedang melihat, meneliti sebelum melaporkan kepada khalayak umum apa hasil kajian.

“Soal berdaftar atau tidak, itu sebenarnya yang penting. Kita kena ambil kira mengapa mereka terlibat aktiviti yang dikatakan ada kaitan dengan Chin Peng. Atau apakah ini usaha yang menunjukkan ada minat (untuk) membawa semula ideologi lama,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bahagian Pagoh di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh di sini hari ini.

Mengulas mengenai keperluan mendedahkan senarai persatuan terlibat, Muhyiddin berkata, ia penting supaya ahli persatuan sedar tujuan mereka menyertai mana-mana persatuan.

“Ya, sepatutnya begitu. Mungkin yang terlibat itu tidak sedar mereka terlibat dengan kegiatan sebegitu. Dan, memandangkan ia tidak berdaftar, mereka tidak boleh jalankan apa-apa kegiatan dan kita akan ambil tindakan.

“Bagi saya, Parti Komunis Malaya (PKM) sudah diharamkan. Ideologi komunis tidak harus diwujudkan di Malaysia yang mempunyai sistem demokrasi berparlimen sejak 60 tahun lalu, yang berjalan dengan baik dan aman,” katanya.

Tambahnya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, langkah-langkah terpesong daripada sasaran tidak boleh dipandang ringan dan KDN sentiasa memantau apa jua usaha menggerakkan ideologi berkenaan.

Loading...

Pada Khamis, media melaporkan polis mengenalpasti sembilan persatuan yang terlibat dengan penganjuran majlis berkenaan.

Polis juga mengenal pasti empat individu yang memberi ucapan dalam majlis berkenaan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.

ROS telah menghantar notis kepada tiga pertubuhan yang berdaftar itu untuk hadir memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), adalah menjadi tanggungjawab jabatan itu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Pada 1 Dis lepas, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas anggota PKM itu di Kajang.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 perjanjian tersebut yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Dis 1989.

Sumber:

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...