Perihal Najib Razak & permohonan semakan berkaitan keputusan rayuan terakhir SRC

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

ڤريحال نجيب رازق & ڤمفائلن ڤرموهونن سيمقكن بركاءيتن كڤوتوسن رايوان تراخير سرچ

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. RAYUAN TERAKHIR SRC berhubung NAJIB RAZAK telah ditolak oleh MAHKAMAH PERSEKUTUAN pada Selasa, 23.08.2022, dan NAJIB RAZAK sudah mulai menjalani HUKUMAN PENJARA yang dikenakan terhadapnya mulai tarikh yang sama.

2. Dalam dua program BUAL BICARA yang berbedza pada hari yang sama, 23.08.2022, iaitu “BUAL BICARA BERSAMA SINAR HARIAN : KISAH 5 TAHUN PERBICARAAN NAJIB” pada jam 6 petang 23.08.2022 (di Siri : 3520 ‘facebook’ saya) dan BICARA MAHKAMAH : TANPA GUNDAH-GANJARA (SIRI : 98) pada jam 9 malam 23.08.2022 (di Siri : 3522 ‘facebook’ saya), saya telah membincangkan kedua-dua langkah yang masih wujud di tangan NAJIB RAZAK berhubung SABITAN dan HUKUMAN Jenayah SRC, iaitu :

a. Untuk memfailkan Permohonan SEMAKAN di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk memohon MAHKAMAH PERSEKUTUAN dengan koram lain untuk semak semula keputusan 23.08.2022, yang mana besar kemungkinan akan diselitkan dengan permohonan untuk lepaskan NAJIB RAZAK di atas JAMINAN dari menjalani hukuman penjara sehingga pelupusan Permohonan SEMAKAN itu, walaupun peratusan peluang kejayaan untuknya telah saya nyatakan adalah tidak lebih dari 0.1%, dan

b. Untuk memfailkan Permohonan PENGAMPUNAN DIRAJA di bawah peruntukan Perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan, yang mana yang pertamanya adalah untuk menentukan kekosongan kerusi Dewan Rakyat Pekan yang disandang NAJIB RAZAK menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, akan digantung pengosongannya di bawah Perkara 48(4)(c) yang sama, jika Permohonan PENGAMPUNAN DIRAJA itu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 23.08.2022, dan kemudiannya akan disusuli dengan kesemua proses yang perlu menurut kuasa dan budibicara LEMBAGA PENGAMPUNAN untuk menetapkan tarikh Mesyuarat bagi tujuan menasihati KeBawah Duli YDP AGONG berhubung Permohonan PENGAMPUNAN DIRAJA oleh NAJIB RAZAK itu.

3. Permohonan PENGAMPUNAN DIRAJA itu telah kini disahkan telah difailkan oleh NAJIB RAZAK pada 02.09.2022 iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh 23.08.2022, dan dengan itu kerusi Dewan Rakyat Pekan adalah tidak terkosong lagi menurut Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersesama dengan Perkara 48(1)(e) yang sama.

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/634630 )

Loading...

4. Pada hari semalam, 06.09.2022 BH ONLINE bertajuk “Najib fail semakan keputusan Mahkamah Persekutuan, mohon hukuman ditangguhkan” telah melaporkan,antara lain :

“Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib yang memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu.

Menerusi permohonan itu, Najib memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Secara alternatif, Ahli Parlimen Pekan itu memohon rayuan berkenaan didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang daripada tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan.

Permohonan yang difailkan oleh disahkan peguam Najib, Rahmat Hazlan.”

(Laporan penuh BH ONLINE 06.09.2022 bertajuk “Najib fail semakan keputusan Mahkamah Persekutuan, mohon hukuman ditangguhkan” adalah dimuat naikdi Ruang Bawah)

5.Justeru, pada hari semalam 06.09.2032, proses Permohonan SEMAKAN yang telah saya nyatakan di Perenggan 2 di atas, juga telah dilaksanakan oleh NAJIB RAZAK,dan kini terletak kepada proses lanjut pendengarannya oleh MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

6. Pada hakikatnya, kedua-dua proses yang diambil oleh NAJIB RAZAK ini adalah HAK yang dijamin kepada mana-mana Rakyat Malaysia lain yang menghadapi keadaan yang sama, dan adalah HAK yang perlu kita semua sama-sama hormati dan biarkan sistem kehakiman (untuk Permohonan SEMAKAN) dan budibicara mutlak KeBawah Duli YDP AGONG (untuk Permohonan PENGAMPUNAN DIRAJA) yang menentukannya mengikut prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG yang wajar dihormati semua sebagai Rakyat Malaysia yang prihatin.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...