Perikatan Nasional anjur persidangan meja bulat bincang perundangan syariah

Perikatan Nasional. Sumber (gambar): Bebas News

ڤريكتن ناسيونل انجور ڤرسيداڠن ميجا بولت بينچڠ ڤرونداڠن شرعية

TONTON: ADAKAH AMANAH TAKUT TEGUR DAP?

Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat membabitkan pakar perlembagaan dan perundangan Islam, ulamak dan ilmuwan Islam bagi mencadangkan tindakan susulan memperkasakan kedudukan perundangan syariah khususnya dan kepentingan umat Islam amnya.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, selain Persidangan Meja Bulat yang akan diketuai Datuk Idris Ahmad, bagi tujuan yang sama, PN juga mewujudkan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN juga sudah membincangkan dan memperhalusi secara khusus isu keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan baru-baru ini dan kesannya terhadap perundangan syariah, umat Islam dan masyarakat Malaysia amnya.

Muhyiddin dalam kenyataan hari ini berkata, PN memandang serius keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan yang diyakini akan memberi kesan besar terhadap kedudukan dan skop undang-undang syariah di negara ini.


KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat membabitkan pakar perlembagaan dan perundangan Islam, ulamak dan ilmuwan Islam bagi mencadangkan tindakan susulan memperkasakan kedudukan perundangan syariah khususnya dan kepentingan umat Islam amnya.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, selain Persidangan Meja Bulat yang akan diketuai Datuk Idris Ahmad, bagi tujuan yang sama, PN juga mewujudkan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.




Katanya, keputusan itu diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya semalam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, Jumaat lalu.

Turut hadir pada mesyuarat itu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau, dan ahli-ahli Majlis Tertinggi PN

Muhyiddin dalam kenyataan hari ini berkata, PN memandang serius keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan yang diyakini akan memberi kesan besar terhadap kedudukan dan skop undang-undang syariah di negara ini.

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN juga sudah membincangkan dan memperhalusi secara khusus isu keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan baru-baru ini dan kesannya terhadap perundangan syariah, umat Islam dan masyarakat Malaysia amnya.

Jumaat lalu, panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dilaporkan membuat keputusan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ia susulan petisyen dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel dilaporkan berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Loading...

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.

Kedua-dua pempetisyen memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 18 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan DUN terbabit bertindak melangkaui bidang kuasanya.

Bagaimanapun panel memutuskan dua lagi peruntukan kesalahan dalam enakmen itu adalah sah.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...