
“Saya berdiri teguh bersama Yang Di-Pertuan Agong dan amat berharap Seri Paduka Baginda Tuanku akan melakukan segala apa yang perlu untuk menarik kuasa tadbir urus negara daripada gerombolan penderhaka yang menerajui kerajaan pada ketika ini. Daulat Tuanku!”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤريكتن ناسيونل، باريسن ناسيونل تيدق برمرواه، تيدق بوليه دمعافكن، رعيت برديري تڬوه برسام توانكو
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kerajaan yang sedia ada adalah kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, dan kerajaan ini adalah kerajaan yang paling tidak bermaruah dalam sejarah Tanah Air.
Kerajaan ini telah diberikan undi tidak percaya oleh Yang Di-Pertuan Agong tetapi masih berdegil dan masih hendak berpaut pada kuasa.
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku peneraju kerajaan ini lupa, bahawa kerajaan ini bukan miliknya dan hanya diamanatkan kepadanya atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan atas kepercayaan yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku terhadapnya..
Apabila Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacitanya terhadap kerajaan, ianya bermakna Seri Paduka Baginda Tuanku tidak lagi percaya terhadap kepimpinan Muhyiddin.
Bukan hanya politik negara diporak perandakan, kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal menangani wabak Covid-19 dan gagal mencapai nilai-nilai ambang yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri menerusi Majlis Keselamatan Negara.
BACA JUGA: MPN – MAHATHIR SENARAIKAN NAMA 20 INDIVIDU
Semua fakta jelas di depan mata, malah angka Covid-19 hari ini berlipat kali ganda nilai yang dicatatkan pada hari pertama “Total Lockdown” dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kita sudah masuk 61 hari “Total Lockdown” di bawah PPN dan 66 hari PKP penuh (jika diambil kira PKP 3.0 yang dilaksanakan pada 26hb Mei).
Apa kesudahannya?
Beratus ribu perniagaan kecil dan sederhana besar dipaksa tutup dan banyak yang lingkup biarpun perniagaan jenis ini tidak berkait langsung dengan kluster Covid-19.
Ini menyebabkan beratus ribu warganegara Malaysia hilang sumber pendapatan, manakala jumlah mereka yang bunuh diri makin meningkat.
Manakala itu, syarikat besar yang terlibat secara langsung dengan sektor yang lazimnya dikaitkan dengan kluster Covid-19 terus dibenarkan beroperasi.
Bila ditegur, rakyat dimangsakan menerusi pelbagai jenis ugutan dan tindakan yang sejajar dengan dasar politik darjat, kuku besi, kuasa dan kedudukan yabg diamalkan kerajaan tanpa segan dan silu.
Rakyat tengah seksa, pelabur makin takut.
Tetapi pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PPBM terus ingin berkuasa dan terus bermaharajelela tanpa mempedulikan keluhan rakyat.
PAS tidak serik memetik dalil untuk menghalalkan segala kegagalan kerajaan biarpun menterinya sendiri kerap dikaitkan dengan politik darjat dan kini ditegur oleh Yang Di-Pertuan Agong sendiri kerana memperdaya parlimen dengan dakwaan palsu.
Malangnya, teguran Seri Paduka Baginda Tuanku dibalas dengan nada yang begitu bongkak dan kenyataan yang dua kali lebih panjang berbanding kenyataan Istana Negara, siap dengan tafsiran palsu berhubung kuasa-kuasa Agong.
Saya rasa meluat dengan kerajaan ini, kerajaan yang tidak bermaruah!
Saya berdiri teguh bersama Yang Di-Pertuan Agong dan amat berharap, Seri Paduka Baginda Tuanku akan melakukan segala apa yang mampu dilakukan untuk menarik kuasa tadbir urus negara daripada gerombolan penderhaka yang menerajui kerajaan pada ketika ini.
Daulat Tuanku!
WAJIB BACA:
