PERIKATAN NASIONAL BUAT PUSINGAN-U, UMUM CALON KETUA MENTERI ESOK

Perikatan Nasional tidak tolak kemungkinan menamakan calon Ketua Menteri wanita. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤريكتن ناسيونل بوات ڤوسيڠن-او، عموم چالون كتوا منتري ايسوق

Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan sebelum ini mengumumkan bahawa calon Ketua Menteri Perikatan Nasional akan hanya dinamakan sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Namun, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendedahkan hari ini bahawa calon tersebut akan dinamakan esok setelah perbincangan dibuat untuk menampilkan calon yang didakwa “benar-benar layak.”

Tambah Hamzah lagi, beliau juga tidak menolak sekiranya calon terbabit merupakan wanita.

“Jadi kalau ianya datang daripada seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa cerita Tun Teja yang juga berperanan membangunkan Negeri Melaka.”


Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan sebelum ini mengumumkan bahawa calon Ketua Menteri Perikatan Nasional akan hanya dinamakan sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri Melaka.

Namun, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendedahkan hari ini bahawa calon tersebut akan dinamakan esok setelah perbincangan dibuat untuk menampilkan calon yang didakwa “benar-benar layak” (BACA DI SINI)




“Kita akan membincangkan isu ini bersama parti-parti komponen yang lain, saya sendiri telah bertemu dengan Presiden Bersatu, saya sebagai Setiausaha Agung PN, juga telah memberikan pandangan saya.

“Bahawa untuk kita memilih seorang calon biarlah calon diterima masyarakat keseluruhan dan boleh membantu dokongan mereka di atas pagar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas makan tengah hari bersama calon PN N.06 DUN Rembia, Zamzuri Arifin.

Tambah Hamzah lagi, beliau juga tidak menolak sekiranya calon terbabit merupakan wanita.

“Jadi kalau ianya datang daripada seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa cerita Tun Teja yang juga berperanan membangunkan Negeri Melaka.

“Apa salahnya kalau kali ini kita letakkan seorang wanita, kalau bukan wanita kita pasti akan umumkan daripada kalangan calon kita.

“Itu menunjukkan kita ada calon lain, begitu juga Datuk Rafiq, kita ada beberapa doktor profesional, ada jurutera, jadi ini akan kita bincangkan dan akan umumkan esok hari (Khamis),” jelasnya lagi.

Loading...

Mengulas lanjut berkaitan pecutan terakhir sebelum Hari Pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, Hamzah yakin rakyat di negeri itu bakal memberikan peluang kepada PN untuk mentadbir Melaka.

“Kalau Melaka satu ketika dahulu negeri masyhur 1,300 tahun dahulu, saya yakin dengan gelombang yang ada hari ini untuk mengembalikan (kegemilangan Melaka) itu.

“Kita terpaksa mencari pemimpin penuh integriti, saya yakin ianya datang daripada PN,” jelasnya lagi.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Muhyiddin lupa peristiwa ‘bersejarah’ menteri Perikatan Nasional menipu parlimen, rakyat

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...