ڤريكتن ناسيونل دهارڤ بڠڬ دڠن ‘كاڠكوهن لوار بياسا’ منتري بسر قدح
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kegagalan Menteri Besar Kedah menjaga sensitiviti penduduk Pulau Pinang yang tidak bersalah menimbulkan tanda tanya tahap mana ‘keprihatinan’ Perikatan Nasional yang sentiasa diwar-warkan.
Semalam, Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan sebagai berkata, Pulau Pinang berkemungkinan terpaksa menggunakan air selut sekiranya mereka terus enggan membayar caj air mentah kepada Kedah.
Sebelum ini, Sanusi mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah membatalkan cuti sambutan perayaan Thaipusam sambil mendakwa Kedah hanya mempunyai 6.8 peratus masyarakat India.
Apabila dikritik, Sanusi mendakwa tidak ada cuti untuk hari Thaipusam di negeri itu melainkan “melainkan dua tahun terakhir” apabila ia dijadikan cuti peristiwa.
Bagaimanapun, kajian TTF mendapati Thaipusam memang dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014, dan perkara ini sememangnya dilaporkan oleh media arus perdana.

Menurutnya, Kedah mempunyai banyak projek yang bakal dilaksanakan, sekali gus memberi kesan kepada aliran air ke negeri berkenaan.
“Kita sebenarnya ada projek-projek yang belum diumumkan yang akan memberi masalah kalau mereka terus enggan membayar.
“Jika tidak bayar (caj air mentah), takpa dia gunalah (secara percuma), sampai hari keluar air selut, dia guna lah air selut tu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Muhammad Sanusi berkata, beliau juga akan memohon kerjasama daripada kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi mengadakan proses timbang tara untuk menyelesaikan kemelut bekalan air dengan negeri jiran itu.
“Sekiranya peringkat timbang tara itu tidak dapat dijayakan, proses berkenaan berkemungkinan akan berterusan sehingga ke mahkamah.
“Saya akan pergi ke hujung dunia sekalipun untuk pertahankan hak negeri Kedah,” katanya.
Sebelum ini, Sanusi mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah membatalkan cuti sambutan perayaan Thaipusam sambil mendakwa Kedah hanya mempunyai 6.8 peratus masyarakat India.
Apabila dikritik, Sanusi mendakwa tidak ada cuti untuk hari Thaipusam di negeri itu melainkan “melainkan dua tahun terakhir” apabila ia dijadikan cuti peristiwa.
Setiausaha politiknya, Afnan Hamimi Taib Azamudden pula mendakwa hari Thaipusam hanya diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di Kedah pada 2017.
Bagaimanapun, kajian TTF mendapati Thaipusam memang dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014, dan perkara ini sememangnya dilaporkan oleh media arus perdana.
The Star dalam satu terbitan pada 12hb Januari 2014 membawa pengumuman cuti Thaipusam oleh Menteri Besar Kedah pada ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, setelah diperkenan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Thaipusam terus menjadi cuti peristiwa di Kedah pada 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019, manakala pada 2020, tiada cuti peristiwa diisytiharkan memandangkan Thaipusam jatuh pada hari Sabtu.
Apakah ini yang dimaksudkan kerajaan prihatin?
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Terdesak, Muhyiddin mungkin masuk perjanjian dengan Anwar Ibrahim