
ڤريكتن ناسيونل دكچم نيتيزين سبب اداكن مشوارت ڤيليهن راي عموم كتيك ضرورت
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dikecam hebat oleh para netizen susulan tindakan Datuk Seri Azmin Ali memuat naik gambar mesyuarat “Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional yang diadakan di Putrajaya malam semalam.
Salah seorang pengguna Facebook bernama Hong Yen’s menulis, “Cepatnya blh cucuk vaccine dah nak pilihan raya. Buka sidang parlimen dulu ya”
Hong dipercayai menyindir kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan sibuk membuat persiapan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi enggan membenarkan Dewan Rakyat bersidang.
Manakala itu, Tengku Zainordin Tengku Ngah menulis (ejaan diperbetulkan), “buat darurat untuk lawan covid…pada masa sama korang brpolitik pagi petang siang malam…”
PETALING JAYA: Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dikecam hebat oleh para netizen susulan tindakan Datuk Seri Azmin Ali memuat naik gambar mesyuarat “Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional yang diadakan di Putrajaya malam semalam.
Gambar tersebut dimuat naik ke Facebook rasmi Azmin dengan kapsyen berbunyi:
“Mesyuarat berlangsung dengan kehadiran semua Pengarah Pilihan Raya parti-parti anggota PN; PAS, PPBM, STAR, SAPP dan GERAKAN.
“Mesyuarat menetapkan untuk memperkukuh kerjasama utuh melalui gerak kerja pilihan raya demi menjana dukungan rakyat.
“Struktur pilihan raya di peringkat negeri akan segera dibentuk dengan menampilkan citra Perikatan Nasional yang mendakap prinsip kepelbagaian dan keharmonian.
Salah seorang pengguna Facebook bernama Hong Yen’s menulis, “Cepatnya blh cucuk vaccine dah nak pilihan raya. Buka sidang parlimen dulu ya”
Hong dipercayai menyindir kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan sibuk membuat persiapan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi enggan membenarkan Dewan Rakyat bersidang.
Seorang lagi pengguna bernama Mohd Faisal Bosh menulis, “Klu pihak lawan berpolitik..korang cakap ni bukan mase sesuai…diam diam..korang berpolitik..”
Manakala itu, Tengku Zainordin Tengku Ngah menulis (ejaan diperbetulkan), “buat darurat untuk lawan covid…pada masa sama korang brpolitik pagi petang siang malam…”
Fadzil Jamal pula menulis, “nampak sgt agenda geng2 ni. bersidang parlimen tak boleh. meeeting jentera P/raya boleh pulak. jgn nanti kes turun tup2 terus kata nak bubar Parlimen! siap la bungkus ikat tepi PN. rakyat memerhati anda semua!”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
