
“Saya akan tunggu dan lihat perkembangannya serta kemungkinannya akan melaporkan kepada pihak SPRM sekiranya ditandatangani oleh pihak-pihak tertentu”
Khairuddin Abu Hassan
Memberi peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang melalui perjanjian ‘CSA’ secara bersyarat adalah rasuah politik.
Apa saja nama perjanjian tersebut ianya membawa erti satu amalan rasuah politik yang harus dihindari oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.
Kerajaan ‘tebuk atap’ PN hanya mahu memerangkap ahli-ahli parlimen pembangkang kearah menyokong mereka dan memberi ‘tali hayat’ baru bagi menjaminkan mereka terus berkuasa.
Sekiranya Muhyiddin Yassin serta kerajaan ‘tebuk atap’ PN ikhlas untuk tolong rakyat; luluskan saja peruntukan tersebut tanpa bersyarat.
Kenapa ianya harus bersyarat?
Zaman kepimpinan kerajaan PH di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah meluluskan peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang tapi tidak pernah paksa pembangkang menandatangani sebarang bentuk perjanjian secara bertulis untuk minta sokongan pada ketika itu.
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad amat ikhlas berteraskan kepada tanggungjawab kerajaan menjaminkan kesejahteraan rakyat jelata.
Perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ ini adalah rasuah politik secara jelas.
Saya akan tunggu dan lihat perkembangannya serta kemungkinannya akan melaporkan kepada pihak SPRM sekiranya ditandatangani oleh pihak-pihak tertentu.
DAP, Amanah dan PKR jangan lupa wadah perjuangan kita sebelum PRU14.
Dulu kita lawan dan tumbangkan kleptokrats tapi kini kerana ‘bulur’ duit parti-parti pembangkang ini sanggup pula nak sokong mereka yang sebahagian dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Kalau parti-parti DAP, Amanah dan PKR bersetuju menandatangani perjanjian ‘CSA’ ianya bermakna mereka sanggup jual maruah diri serta prinsip demi wang ringgit.
Mereka juga bakal dihukum oleh para pengundi pada PRU15 kelak dan kemungkinannya akan hilang lebih banyak kerusi-kerusi parlimen pada waktu itu.
Apapun, kita angkat topi pada parti PEJUANG yang tidak sanggup amalkan rasuah politik.
Jika belanjawan 2021 ini benar-benar baik untuk rakyat serta negara; sokongannya mestilah berteraskan kepada keputusan yang ikhlas.
Bukan buat keputusan secara dipaksa melalui perjanjian ‘CSA’ yang hakikatnya menghalalkan cara rasuah politik.
Inilah bezanya prinsip politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
