
“Apakah keputusan PEJUANG untuk kekal bertanding secara solo di Johor telah mengganggu gugat perancangan rahsia Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional?”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤرجنجين رهسيا د جوهر؟
Pertimbangkan senario ini:
1. Pakatan Haranpan mendakwa bahawa gabungan itu menolak Barisan Nasional.
2. Tapi satu Malaysia tahu bahawa:
a. MoU yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan bersama kerajaan pimpinan Barisan Nasional menjadikannya sebahagian daripada “Keluarga Besar Kerajaan Malaysia,” yang didirikan menerusi pintu belakang dengan bantuan Kleptokrat.
b. Pakatan Harapan berniat dari awal lagi untuk membentuk jajaran politik baharu bersama Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
3. Hujah pertama sahaja sudah cukup untuk menggalakkan penolakan terhadap Pakatan Harapan (sepertimana yang berlaku di Melaka dan Sarawak) dan mana-mana parti yang didapati bersekutu dengannya.
4. Tak akan Pakatan Harapan begitu naif dan tidak nampak semua ini, kan?
TONTON: PERCAYALAH, BN, PH CEMAS
5. Persoalannya, adakah Pakatan Harapan sengaja mengekalkan MoU bersama kerajaan agar penyokongnya di Johor meluat dan tidak ramai keluar mengundi?
6. Apakah Pakatan Harapan bersetuju untuk ‘mengorbankan kerusi-kerusi lemahnya’ di Johor agar Barisan Nasional boleh menang besar?
7. Apakah Pakatan Harapan sengaja menjerat MUDA untuk bersamanya di Johor, agar;
a. pengundi yang tercari-cari alternatif turut meluat dan tidak keluar mengundi, dan
b. MUDA tidak lagi menjadi ancaman pada Barisan Nasional dan Pakistan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15?
8. Apakah selepas PRN Johor, Pakatan Harapan akan tiba-tiba ‘tunduk’ pada kehendak pengundi dan membatalkan MoU bersama kerajaan, sekaligus memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk mendesak agar parlimen dibubarkan “segera” atas alasan “BN menang besar di Johor?”
9. Apakah keputusan PEJUANG untuk kekal bertanding secara solo di Johor telah mengganggu gugat perancangan rahsia ini, andai kata perancangan ini wujud?
Fikir-fikirkanlah…
Nota: Senario ini adalah satu kemungkinan besar berdasarkan maklumat sumber, yang akan dihuraikan dalam terbitan lain
WAJIB BACA:
Pakatan Harapan may have ‘neutralised’ MUDA, word on the street is not good
