ڤرجومڤأن ءتوڤ فيۏء امنو سبتو اين دتڠڬوه – اسماعيل صبري
Perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan pemakluman daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama ditangguhkan.
Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata perjumpaan pemimpin tertinggi itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober.
Lima pemimpin tertinggi UMNO itu merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden parti.
KUALA LUMPUR: Perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan pemakluman daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama ditangguhkan.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Hari Sabtu ini Mesyuarat MT Khas sepatutnya diadakan tetapi kita dapat mesej dah ditangguhkan jadi kita tunggu Setiausaha Agung akan umumkan tarikh baharu.
“Sebelum Mesyuarat MT akan datang akan bincang balik. Selalunya sebelum Mesyuarat MT akan ada (pertemuan) Top Five (lima pemimpin tertinggi) kemudian ada (mesyuarat) biro politik, selepas itu malam (mesyuarat) MT,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai di sini malam ini.

Sumber: