Pada masa yang sama, bank-bank di Malaysia juga banyak mewujudkan pekerjaan nilai tinggi yang baru untuk perjualan, relationship management, data processing, risk management dan compliance
Eric See-To
Ramai yang masih dipengaruhi oleh propaganda bahawa penutupan sebilangan kecil cawangan Maybank adalah petunjuk bahawa ekonomi tidak baik ataupun Maybank mengalami kerugian.
Ini tidak benar. Maybank mencatatkan rekod keuntungan setiap tahun dan pada bulan April telah menjadi syarikat disenerai pertama yang berjaya mencapai harga nilai saham lebih dari RM100 bilion.
Di dalam zaman internet dan teknologi ini, penutupan cawangan bank ialah suatu trend dunia kerana cara orangramai menggunakan perkhidmatan bank telah berubah.
Majalah terkenal “The Economist” baru-baru ini melaporkan bahawa cawangan bank di Amerika Syarikat semakin berkurang.
Sejak tahun 2008, sebanyak 10,000 cawangan bank di sana telah ditutup.
Di pertengahan pertama tahun 2017 sahaja, sebanyak 869 cawangan fizikal bank di Amerika Syarikat ditutup.
Kini, kita semakin menggunakan komputer ataupun smartfon kita untuk berinteraksi dengan bank kita.
Tambahan pula, ATM dan mesin kiosk deposit membolehkan kita untuk mengambil wang ataupun untuk masuk wang dan cek.
Kalau diperhatikan, banyak cawangan bank di Malaysia sudah tidak ramai pengunjung pada masa operasi – tidak seperti dahulu.
Tetapi pada masa yang sama, bank-bank di Malaysia juga banyak mewujudkan pekerjaan nilai tinggi yang baru untuk perjualan, relationship management, data processing, risk management dan compliance.
Ini ialah realiti dunia kini yang semakin berubah. Keperluan bank-bank pun berubah.
Sumber: www.facebook.com/EricSeeTo
