Perlantikan Latheefa sehari sebelum raya amat mencurigakan

 

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Latheefa Koya adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Sumber (gambar): KLSE Screener

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya hari ini dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau lebih awal daripada sepatutnya.

Cadangan untuk melantik Latheefa dipersetujui dan dipanjangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, berbeza sekali dengan janji Syed Saddiq sebelum pilihanraya umum ke-14 bahawa tidak akan lagi berlaku perlantikan ketua SPRM oleh Perdana Menteri (lihat gambar di bawah).

Perlantikan beliau sehari sebelum raya dikhuatiri bertujuan mengalihkan perhatian umum daripada kejanggalan serta kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran pusat agar ianya tidak menjadi bahan perbualan sempena cuti raya.


PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya hari ini dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau lebih awal daripada sepatutnya.




Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan Latheefa Koya bagi tempoh dua tahun adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 1 Jun lalu.

“Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi kerajaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan permohonan Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM (Akta 694).

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Shukri yang banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Kenyataan ini mengesahkan bahawa cadangan untuk melantik Latheefa dipersetujui dan dipanjangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, berbeza sekali dengan janji Syed Saddiq sebelum pilihanraya umum ke-14 bahawa tidak akan lagi berlaku perlantikan ketua SPRM oleh Perdana Menteri (lihat gambar di bawah).

Kenyataan Syed Saddiq Sebelum PRU-14. Sumber (gambar): Donn Juan deRyezal (@khairulryezal)
Kenyataan Syed Saddiq sleeps perlantikan Latheefah. Sumber (gambar): Utusan Online

Perlantikan Latheefa turut menampilkan hipokrisi tahap maksimum Syed Saddiq apabila beliau sendiri mengucapkan tahniah kepada peguam tersebut tanpa mengutarakan rasa kecewanya terhadap tindakan Perdana Menteri membelakangkan janji manifesto Pakatan Harapan.

Komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk menolak lantikan politik jelas termaktub dalam manifesto gabungan tersebut untuk PRU-14.

Loading...

Latheefa Beebi Koya, yang turut dikenali sebagai Latheefa Koya, baru sahaja melepaskan jawatannya sebagai Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Perlantikan beliau sebagai Ketua SPRM sehari sebelum raya dikhuatiri bertujuan mengalihkan perhatian umum daripada kejanggalan serta kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran pusat agar ianya tidak menjadi bahan perbualan sempena cuti raya.

Ini termasuk kejanggalan dalam pengurusan dan perjalanan inkues Adib, keadaan ekonomi negara yang tidak menentu serta kos sara hidup tinggi yang kian memberikan tekanan kepada rakyat.

Pada 21 Mei tahun lalu, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

Mohd Shukri, 58, berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...