PERLANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI PEJUANG BADAN PERHUBUNGAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pejuang bagi Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Saya ingin memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah swt dan amat berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi PEJUANG khususnya YB Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PEJUANG, YB Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir merangkap Presiden PEJUANG, Dato Wira Marzuki Yahya sebagai Timbalan Presiden PEJUANG serta keseluruhan kepimpinan PEJUANG yang meletakkan kepercayaan untuk melantik sebagai BPN WILAYAH PERSEKUTUAN kearah memperkasakan wadah perjuangan murni PEJUANG di seluruh Wilayah Persekutuan khususnya.

Ini bukan satu perlantikan untuk diri saya mendabik dada tetapi sesungguhnya perlantikan ini merupakan satu amanah yang amat berat untuk dipikul.

Bagi saya ini merupakan amanah di antara manusia sesama manusia dan manusia dengan Allah S.W.T.




Insyaallah, dengan berkat pertolongan dari semua rakan-rakan seperjuangan di Wilayah Persekutuan; saya akan cuba menggalas jawatan ini secara terbaik serta teramanah mungkin bagi menjaga kepentingan rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan tanpa sebarang bentuk agenda kepentingan peribadi.

Terdapat pelbagai isu-isu besar dan kecil yang masih tidak lagi selesai di Wilayah Persekutuan yang membelenggui penghidupan seharian rakyat jelata yang perlu diberi perhatian secara serius dari perspektif mikro serta makro.

Permintaan serta keperluan rakyat di Wilayah Persekutuan adalah amat sofistikated dan kompleks. Ini akan menjadi satu cabaran yang hebat untuk saya dan rakan-rakan seperjuangan menggalas tanggungjawab secara effektif.

Agenda untuk memakmurkan dan mensejahterakan penghidupan rakyat merupakan wadah perjuangan terpenting PEJUANG.

Mengatasi masalah kemiskinan rakyat marhein di bandar juga akan menjadi teras utama perjuangan PEJUANG.

Sesungguhnya, kita telah pun bersedia untuk ujudkan jentera gerak kerja di peringkat akar umbi di Wilayah Persekutuan bagi melaksanakan agenda fardhu kifayah seterusnya bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya PRU15 pada bila-bila masa.

Sekali lagi, saya bersyukur kerana platform ini juga merupakan satu asas kepada saya serta keseluruhan sahabat handai di Wilayah Persekutuan untuk melawan seterusnya membasmi rasuah di semua peringkat di Wilayah Persekutuan khasnya.

Loading...

PEJUANG mempunyai agenda tulen kearah membela keseluruhan rakyat tanpa kira bangsa serta agama dan tetap berpegang erat pada prinsip untuk membina semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan masa depan negara kita.

Sekali lagi, saya dengan penuh perasaan tawadduk ingin mengucapkan jutaan terima kasih dengan penuh kesyukuran kepada kepimpinan tertinggi PEJUANG yang menyandarkan kepercayaan ini di atas bahu saya bersama para sahabat di Wilayah Persekutuan.

Insya-Allah, saya akan pikul tanggungjawab ini secara fardhu kifayah dan melaksanakan segala tanggungjawab secara amanah, berintegriti, professional adil dan saksama nengikut segala arahan kepimpinan tertinggi PEJUANG.

Allahu akhbar dan berkat selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...