Perlawanan Liverpool, Atletico bawa 41 kematian

Bulan lalu datuk bandar dari Liverpool menggesa agar siasatan dijalankan kenapa perlawanan menentang Atletico diteruskan seperti biasa. Sumber (gambar): Harian Metro

ڤرلاونن ليۏرڤواول، اتلتيچو باوا 41 ك

Keputusan untuk membenarkan Liverpool beraksi di Liga Juara-Juara menentang Atletico membawa kepada 41 kematian akibat virus Covid-19 lapor Sunday Times.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu berdepan kelab Sepanyol pada saingan 16 akhir di Anfield pada 11 Mac di depan 52,000 penyokong sendiri, manakala seramai 3,000 penyokong pelawat hadir pada hari berkenaan.

Berdasarkan laporan Sunday Times, Edge Health, yang menganalisa data untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS), perlawanan itu dikaitkan dengan 41 kematian tambahan di hospital berdekatan selepas 25 hingga 35 hari kemudian.

Kolej Imperial London dan Universiti Oxford menganggarkan Sepanyol mempunyai 640,000 kes positif ketika perlawanan itu berlangsung berbanding Britain 100,0000.

Perlawanan itu adalah aksi bola sepak utama terakhir dilangsungkan di England sebelum perintah berkurung Covid-19.

Berdasarkan laporan Sunday Times, Edge Health, yang menganalisa data untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS), perlawanan itu dikaitkan dengan 41 kematian tambahan di hospital berdekatan selepas 25 hingga 35 hari kemudian.

Kolej Imperial London dan Universiti Oxford menganggarkan Sepanyol mempunyai 640,000 kes positif ketika perlawanan itu berlangsung berbanding Britain 100,0000.

Bulan lalu datuk bandar dari Liverpool menggesa agar siasatan dijalankan kenapa perlawanan menentang Atletico diteruskan seperti biasa.

“Jika seseorang dijangkiti Covid-19 secara terus disebabkan acara sukan kami percaya perlawanan itu tidak boleh dilangsungkan, adakah ini skandal.

“Perkara ini harus disiasat sama ada adakah jangkitan ini disebabkan kontak terus melalui penyokong Atletico. Mereka mempunyai beberapa tempat zon merah di sana dan salah satunya ialah Madrid,” kata Datuk Bandar Liverpool, Steve Rotheram.

Atletico mencatat kemenangan 3-4 selepas masa tambahan untuk menyingkirkan penyandang juara dengan agregat 4-2 seterusnya mara ke suku akhir.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...