PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DIKATAKAN KONONNYA IMEJ SISI PERLEMBAGAAN “WESTMINSTER” UNITED KINGDOM, TAPI NILAI MORAL & INTEGRITI POLITIK “WESTMINSTER” TIDAK DITURUTI POLITIKUS MALAYSIA 

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Perihal PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN negara kita, rata-rata ahli politikus negara yang sedia ada akan secara semberono dan khilaf mengatakan dan mendakwa bahawa ianya adalah imej sisi (mirror image) PERLEMBAGAAN “WESTMINSTER” di United Kingdom, yang mana bagi saya adalah satu fahaman yang khilaf yang menzahirkan ketiadaan penghayatan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN oleh ahli politikus negara kita (sila rujuk Siri: 146 bertarikh 24.05.2016).

2. Namun, yang menyedihkan lagi memilukan adalah, nilai MORAL dan INTEGRITI amalan politik “WESTMINSTER” tidak pula ahli politikus negara tergerak hati untuk amalkan langsung, sehingga menjadikan laungan kononnya perlembagaan bertulis kita seakan perlembagaan tidak bertulis “WESTMINSTER” sebagai satu retorika palsu yang mencerminkan hipokrisi tahap tertinggi para pemimpin politikus negara !

3. Semasa kewujuan pelbagai sekatan gerakan oleh Kerajaan United Kingdom dalam tempoh 2020-2021, BORIS JOHNSON, Perdana Menteri United Kingdom telah didapti bersalah menganjurkan dan menghadiri pelbagai majlis keramaian berbentuk “PARTY”, sehingga menyebabkan BORIS JOHNSON akhirnya membuat permintaan maaf terbuka kepada rakyat United Kingdom, setelah laporan siasatan awam yang diketuai oleh Penjawat Awam Kanan SUE GRAY mendedahkan “Downing Street parties while Britain was in lockdown represented a “serious failure” to observe the standards expected of government or to heed the sacrifices made by millions of people during the pandemic.”

(Link Laporan : https://www.outlookindia.com/…/partygate-findings… )

4. Tekanan demi tekanan dari setiap pelusuk masyarakat dan ahli politik di United Kingdom telah mengakibatkan BORIS JOHNSON terpaksa menghadapi Usul Undi Percaya, yang beliau telah dapat menangi pada Isnin lalu, 04.07.2022, walaupun 41% daripada Ahli Parlimen Parti Kerajaan, iaitu Conservative Party telah mengundi menolaknya di atas kepercayaan mereka bahawa BORIS JOHNSON telah tidak insaf dan telah hilang keyakinan majoriti Rakyat United Kingdom.

(Link Laporan : https://www.theguardian.com/…/boris-johnson-wins-no… )

5. Walaupun BORIS JOHNSON telah menang Usul Undi Percaya itu, namun atas dasar MORAL dan INTEGRITI lebih 50 pemegang jawatan tinggi Kerajaan termasuk MENTERI KERAJAAN telah satu demi satu meletakkan jawatan masing-masing sebagai tanda protes terhadap pimpinan BORIS JOHNSON yang telah tercalar dengan skandal “PARTYGATE” berkenaan.

Loading...

(Link Laporan : https://www.outlookindia.com/…/huge-blow-for-uk-pm… )

6. Akibat daripada “tsunami” tindakan berpandukan MORAL dan INTEGRITI politik di kalangan para pemimpin politik lain United Kingdom, akhirnya BORIS JOHNSON terpaksa juga pada petang tadi (waktu United Kingdom) 07.07.2022 menyerahkan SURAT PERLETAKAN JAWATAN sebagai Perdana Menteri United Kingdom !

(Laporan SINAR HARIAN 08.07.2022 bertajuk “PM Britain Boris Johnson letak jawatan” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

7. Kembali semula ke lanskap politik tempatan :

a. Walaupun dicemari dengan persoalan berkaitan kehilangan sokongan majoriti sekalipun, kedua-dua Perdana Menteri Malaysia yang Ke-8 dan Ke-9, TIDAK PERNAH menampilkan mana-mana Usul Undi Percaya bagi tujuan mengesahkan hak MORAL untuk kekal sebagai Perdana Menteri !

b. Walaupun GAGAL dalam urus tadbir sosio-ekonomi negara semasa COVID-19 dan menasihatkan KeBawah Duli YDP AGONG untuk isytiharkan DARURAT KESIHATAN semata-mata untuk kekal dalam jawatan Perdana Menteri Ke-8, TIDAK ADA mana-mana MENTERI mahupun TIMBALAN MENTERI dalam saiz JEMAAH MENTERI yang besar Kerajaan TS MUHYIDDIN YASSIN, yang mempunyai tanggungjawab MORAL dan INTEGRITI untuk menyerahkan mana-mana SURAT PERLETAKAN JAWATAN langsung, malahan ada pula yang merayu dan mengemis jawatan-jawatan yang tertentu untuk kelangsungan politik diri sendiri !

c. Walaupun, GAGAL dalam urus tadbir negara berkaitan kelangsungan kehidupan Rakyat, kejatuhan nilai matawang ringgit, ketandusan bekalan makanan dan kenaikan harga makanan dan pelbagai isu lain berkaitan sosio-ekonomi negara terkini, semasa Perdana Menteri Ke-9 ini, TIDAK ADA mana-mana MENTERI mahupun TIMBALAN MENTERI dalam saiz JEMAAH MENTERI yang besar Kerajaan DS ISMAIL SABRI YAAKOB yang mempunyai tanggungjawab MORAL dan INTEGRITI untuk menyerahkan mana-mana SURAT PERLETAKAN JAWATAN langsung, malahan ada pula yang merayu dan mengemis jawatan-jawatan yang tertentu untuk kelangsungan politik diri sendiri !

8. Betapa buruknya sifat MORAL dan INTEGRITI para pemimpin poltik kita kini, sampaikan bongkak dalam kekhilafan untuk melaungkan PERLEMBANGAN PERSEKUTUAN kononnya adalah imej sisi PERLEMBAGAAN “WESTMINSTER” tetapi pada masa yang sama nilai MORAL dan INTEGRITI politik yang diamalkan di “WESTMINSTER” tidak langsung pula diikuti oleh para pemimpin politik kita !!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...