Perlu tulis ‘Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19’ untuk surat rasmi kerajaan

Pengisytiharan Darurat bermakna kerajaan pimpinan Muhyiddin selamat memandangkan sidang parlimen turut digantung, sekaligus mengelakkan berlakunya sidang tergempar untuk memutuskan status blok kerajaan menerusi proses parlimen. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤرلو توليس ‘ڤريهاتين رعيت: ضرورت ممرڠي چوۏيد-19′ اونتوق سورت راسمي كراجأن

Kerajaan memutuskan untuk menerapkan penggunaan frasa ‘Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19’ dalam semua surat rasmi kerajaan selagi Proklamasi Darurat masih berkuatkuasa.

Arahan ini terkandung dalam satu surat rasmi bertarikh 26hb Januari 2021 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Letua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Ketua Pengurusan Pihak Berkanun Tempatan.

Pada 12hb Januari 2020, Yang Di-Pertuan Agong perkenan mengisytiharkan Darurat bagi seluruh negara berkuat kuasa sehingga 1hb Ogos 2021.

Sebaik sebelum pengisytiharan itu dibuat, Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Machang mengumumkan pengundurannya dari blok kerajaan atas dasar hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin.


PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk menerapkan penggunaan frasa ‘Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19’ dalam semua surat rasmi kerajaan selagi Proklamasi Darurat masih berkuatkuasa.

Arahan ini terkandung dalam satu surat rasmi bertarikh 26hb Januari 2021 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Letua Jabatan Persekutuan, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan, Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Ketua Pengurusan Pihak Berkanun Tempatan.




Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman menulis, selaras dengan proklamasi darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 yang lalu dan sejajar dengan hasrat kerajaan supaya setiap penjawat awam menghayati dan memberi komitmen sepenuhnya kepada langkah-langkah yang diambil dalam menangani pandemik Covid-19.

Manakala itu, frasa “saya yang menurut perintah” yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan telah digantikan dengan frasa “saya yang menjalankan amanah”.

Pada 12hb Januari 2020, Yang Di-Pertuan Agong perkenan mengisytiharkan Darurat bagi seluruh negara berkuat kuasa sehingga 1hb Ogos 2021.

Sebaik sebelum pengisytiharan itu dibuat, Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Machang mengumumkan pengundurannya daripada blok kerajaan atas dasar hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin.

Pengunduran Ahmad Jazlan disululi dengan pengunduran Datuk Seri Nazri Aziz pada hari yang sama Darurat diisytiharkan.

Ramai yang mempersoalkan motif dan locus standi Muhyiddin dalam menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat memandangkan beliau hilang majoriti sebaik sebelum nasihat itu diberikan.

Pengisytiharan Darurat bermakna kerajaan pimpinan Muhyiddin selamat memandangkan sidang parlimen turut digantung, sekaligus mengelakkan berlakunya sidang tergempar untuk memutuskan status blok kerajaan menerusi proses parlimen.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...