Perlukah kita lupakan politik masa lalu?

Salleh Said Keruak

1. Tun Dr. Mahathir mengingatkan kita untuk melupakan politik masa lalu bagi melihat masa depan politik Malaysia yang lebih baik.




2. Pertanyaannya, jika kita tidak mahu melihat politik masa lalu, bagaimanakah kita mahu menjadikan pengalaman lepas untuk memandang masa depan yang lebih baik?

3. Politik masa lalu memang ada yang perlu di ingati kerana ada pelbagai kesilapan yang perlu diperbetulkan.  Kes BMF, Memali, Operasi Lalang, Forex, penswastaan MAS, krisis kewangan 1997, kes liwat Anwar Ibrahim, kes pencabulan demokrasi, kes pemecatan Ketua Hakim Negara, apakah kita boleh melupakannya begitu sahaja?

4. Tentunya tidak kerana politik masa lalu yang kelam itu tetap berharga untuk kita kenang dan ingat sebagai panduan untuk kita lebih bijaksana dalam meniti masa depan.

5. Jika kita tidak belajar dari sejarah masa lalu, maka kita tidak akan melangkah maju ke depan kerana kita berpotensi untuk mengulanginya semula. Kata George Santayana: “Those who do not learn from history are doomed to repeat it.”

6. Sesungguhnya, sejarah itu adalah guru kehidupan. Melupakan sejarah itu bagaikan membuang aset berharga negara kerana ia adalah rujukan penting untuk generasi akan datang.

Sumber: sskeruak.blogspot.my

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...