Permohonan Muhyiddin ketepi saman Mahathir diputus 7 Ogos ini

Kumpulan Mahathir menamakan Muhyiddin, yang kini Pemangku Pengerusi Bersatu; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan pertama hingga keempat. Sumber (gambar): TTF

ڤرموهونن محي الدين كتڤي سامن محضير دڤوتوس 7 اوڬوس اين

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 7hb Ogos 2020 bagi keputusan permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan Muhyiddin”) untuk membatalkan saman terhadap mereka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan Mahathir”).

Kumpulan Muhyiddin berusaha untuk mengetepikan cabaran undang-undang terhadapnya oleh kumpulan Mahathir susulan pemecatan Mahathir dan empat yang lain daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pada 9hb Jun lalu, Mahathir Mohamad bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan lima yang lain memfailkan saman terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti itu pada dua minggu lepas.

Bagaimanapun, Syed Saddiq menarik semula samannya terhadap kumpulan Muhyiddin Selasa lau atas alasan reda dengan nasib yang menimpanya dan tidak ingin melengah-lengahkan masa pihak yang ingin menyingkirkannya.


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 7hb Ogos 2020 bagi keputusan permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan Muhyiddin”) untuk membatalkan saman terhadap mereka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan Mahathir”).

Menurut laporan media, Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan oleh pihak-pihak terbabit dalam sesi kamar, di mana sesi ini dikatakan berlangsung dari pagi hingga tengah hari tadi.




Kumpulan Muhyiddin berusaha untuk mengetepikan cabaran undang-undang terhadapnya oleh kumpulan Mahathir susulan pemecatan Mahathir dan empat yang lain daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pada 9hb Jun lalu, Mahathir Mohamad bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan lima yang lain memfailkan saman terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti itu pada dua minggu lepas.

Lima yang lain ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Marzuki Yahya dan parti itu sendiri selaku plaintif.

Kesemua mereka menamakan Muhyiddin, yang kini Pemangku Pengerusi Bersatu; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan pertama hingga keempat.

Bagaimanapun, Syed Saddiq menarik semula samannya terhadap kumpulan Muhyiddin Selasa lau atas alasan reda dengan nasib yang menimpanya dan tidak ingin melengah-lengahkan masa pihak yang ingin menyingkirkannya.

Sementara itu, Peguam Rosli Dahlan ketika ditemui di perkarangan mahkamah menjelaskan mahkamah hari ini tidak hanya mendengar permohonan defendan (kumpulan Muhyiddin) untuk mengetepikan keseluruhan saman, tetapi juga permohonan interlokutori lain oleh kedua-dua pihak.

Menurut laporan media, beliau merujuk kepada permohonan defendan untuk menggugurkan Bersatu dan Masyati sebagai plaintif dan defendan dalam saman tersebut.

Loading...

Beliau juga merujuk kepada permohonan oleh Mahathir dan plaintif lain untuk perintah sementara bagi mempertahankan status-quo antara pihak-pihak terlibat, sementara menunggu pembatalan saman utama.

Beliau turut berkata antara undang-undang yang dirujuk oleh defendan untuk membatalkan keseluruhan saman adalah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Malaysiakini menulis:

Seksyen 18C menyatakan keputusan parti politik atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, atau oleh perlembagaan atau peraturan atau peraturan yang dibuat, adalah muktamad dan konklusif, dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan dan tiada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau menentukan apa-apa saman, permohonan, persoalan atau prosiding atas apa-apa alasan mengenai kesahihan keputusan itu.

Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding, peguam plaintif Mohamed Haniff Khatri Abdulla (gambar, atas) mengesahkan hasil prosiding hari ini dan tarikh keputusan mengenai permohonan defendan mengetepikan saman itu serta permohonan interlokutori lain oleh kedua-dua pihak.

Haniff menjelaskan sekiranya mahkamah pada 7 Ogos memutuskan untuk menolak permohonan defendan mengetepikan saan, mahkamah juga akan memberikan keputusan pada tarikh tersebut sama ada untuk mengabulkan permohonan plaintif untuk perintah sementara bagi mengekalkan status-quo antara pihak-pihak dalam pertikaian.

“Kami meminta perintah sementara untuk memastikan defendan tidak melakukan tindakan dan kelakuan untuk memprejudiskan kedudukan pihak plaintif dan pihak (Bersatu),” kata Haniff.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...