PERMOHONAN NAJIB RAZAK: HANIFF KHATRI DEDAH BEBERAPA KEMUNGKINAN

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Haniff Khatri

ڤرموهونن نجيب رازق: حنيفف خطري دده ببراڤ كموڠكينن

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada hari Rabu yang lalu, 01.12.2021 NAJIB RAZAK telah dilaporkan oleh media, bahawa dia telah failkan satu Permohonan untuk kebenaran menampilkan dan menerima “KETERANGAN BARU” bagi tujuan diambilkira dalam Rayuannya berhubung SABITAN dan HUKUMAN kesemua tujuh (7) Pertuduhan Jenayah SRC yang telah ditetapkan untuk KEPUTUSAN di MAHKAMAH RAYUAN pada 08.12.2021.




2. Saya di Siri : 3042, telah menulis berkaitan kemungkinan-kenungkinan yang akan berlaku akibat daripada perkembangan ini menurut prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

3. Pada hari ini, MALAYSIAKINI 03.12.2021 bertajuk “Kes SRC: Permohonan Najib kemuka bukti baru didengar 7 Disember” telah melaporkan :

“Permohonan Najib Razak untuk membenarkan bukti baru dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC Internasional Sdn Bhd, akan didengar sehari sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya.

Semakan pada jadual kes mahkamah hari ini menunjukkan bahawa pendengaran itu ditetapkan pada 7 Dis.

Perkara itu turut disahkan peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaran ketika dihubungi Bernama hari ini.”

4. Akibat daripada pengesahan bahawa Permohonan itu telah ditetapkan untuk didengar pada 07.12.2021, yakni satu (1) hari sebelum tarikh KEPUTUSAN berkaitan SABITAN dan HUKUMAN kesemua tujuh (7) Pertuduhan Jenayah SRC itu maka ianya boleh dinyatakan bahawa kemungkinan yang boleh berlaku dari segi KEDAULATAN UNDANG-UNDANG adalah :

a. Jika mana-mana pihak memohon masa untuk failkan AFIDAVIT yang perlu untuk menampilkan fakta lanjutan berkaitan Permohonan itu, dan dapat meyakinkan MAHKAMAH RAYUAN bahawa Permohonan itu perlu ditangguhkan pendengarannya untuk tujuan itu, maka BICARA Permohonan itu masih boleh lagi ditangguh, dan oleh yang demikian tarikh KEPUTUSAN RAYUAN juga akan secara susulan ditangguh sehingga sellepas pendengaran Permohonan itu, atau

Loading...

b. Jika MAHKAMAH RAYUAN teruskan dengan BICARA Permohonan pada 07.12.2021 maka:

i. Selepas mendengar Permohonan itu, dan jika MAHAMAH RAYUAN itu TIDAK BERPUASHATI bahawa NAJIB RAZAK telah berjaya memenuhi kesemua elemen wajib yang diperlukan di bawah prinsip undang-undang untuk membolehkan penganugerahan kebenaran bagi tujuan penampilan keterangan baru, maka Permohanan itu BOLEH DOITOLAK, dan KEPUTUSAN RAYUAN diteruskan penganugerahan pada 08.12.2021, atau

ii. Selepas mendengar Permohonan itu, dan jika MAHAMAH RAYUAN itu BERPUASHATI bahawa NAJIB RAZAK telah berjaya memenuhi kesemua elemen wajib yang diperlukan di bawah prinsip undang-undang untuk membolehkan penganugerahan kebenaran bagi tujuan penampilan keterangan baru, maka Permohanan itu BOLEH DIBENARKAN dengan arahan lanjut berkaitan penerimaan dan pengambilan mana-mana keterangan baru oleh MAHKAMAH RAYUAN yang berkemungkinan akan memerlukan penetapan TARIKH pendengaran keterangan baru sebelum KEPUTUSAN RAYUAN diberikan, dan oleh itu KEPUTUSAN RAYUAN juga akan secara susulan ditangguh sehingga selepas proses penerimaan dan pengambilan keterangan baru itu.

5. Setiap kemungkinan ini adalah berpandukan prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan kepada KESEMUA individu yang menghadapi proses perundangan jenayah di negara ini, dan akan dibincangkan dengan lanjut dalam program BUAL BICARA seperti yang dinyatakan di Siri : 3043 pada jam 9 malam, esok, Sabtu 04.12.2021.

6. Seyugia, Rakyat Malaysia adalah disarankan memahami dan sabar menanti proses keadilan jenayah pada 07.12.2021 tanpa dengan tergesa-gesa menampilkan mana-man persepsi negatif terhadap mana-mana pihak.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB BACA:

100 HARI BERSAMA ISMAIL SABRI MASIH GAGAL

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...