
ڤرمولأن كڤد كهنچورن زاهيد – امنو ده همڤير كارم، ڤڠوندورن لبيه 1،000 اهلي ك ڤن بارو ڤرمولأن
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan pentingnya untuk UMNO menangkis fitnah dilontarkan musuh bagi mengelak impak seperti yang menimpa parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berulang.
Peliknya, contoh yang dipetik Zahid langsung tidak menjelaskan di mana berlaku unsur ‘fitnah’ yang didakwa.
Malah, Zahid sendiri sekadar menyuarakan ‘keyakinan’ bahawa UMNO akan terus disokong masyarakat Melayu dan Islam, sekaligus bermakna Zahid sendiri tidak 100 peratus pasti samada UMNO masih relevan atau diterima masyarakat Melayu-Islam.
Lebih 1,000 bekas ahli UMNO dijangka sertai Perikatan Nasional bulan ini, dan ranai ahli parlimen daripada parti itu dijangka akan berundur selepas Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan pentingnya untuk UMNO menangkis fitnah dilontarkan musuh bagi mengelak impak seperti yang menimpa parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berulang.
Memberi contoh isu perpindahan 10 ‘warlord’ yang disisihkan UMNO, Presiden UMNO itu berkata, beliau yakin bahawa parti akan terus disokong masyarakat Melayu dan Islam khususnya dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, meskipun ada ura-ura mengaitkannya dengan sokongan terhadap parti yang terjejas.
Peliknya, contoh yang dipetik Zahid langsung tidak menjelaskan di mana berlaku unsur ‘fitnah’ yang didakwa.
TONTON: KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP KEJATUHAN RINGGIT – CAKAP LEBIH, KERJA ENTAH KE MANA
Malah, Zahid sendiri sekadar menyuarakan ‘keyakinan’ bahawa UMNO akan terus disokong masyarakat Melayu dan Islam, sekaligus bermakna Zahid sendiri tidak 100 peratus pasti samada UMNO masih relevan atau diterima masyarakat Melayu-Islam.
Ini serupa dengan putar belit Zahid sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Mula-mula, Zahid mendakwa parlimen perlu dibubarkan awal kerana Barisan Nasional boleh menang Pilihan Raya dengan mudah.
Namun, setelah dikritik hebat oleh saya dan beberapa penganalisa politik, Zahid mengubah pendiriannya kepada ‘yakin’ Barisan Nasional boleh menang.
Bila dikritik lagi, Zahid mengaku bahawa jika Barisan Nasional tidak menang, gabungan itu akan mempertimbangkan kerjasama dengan parti-parti lain untuk membentuk kerajaan.
Kenyataan itu sekaligus meruntuhkan asas kepada desakan Zahid agar parlimen dibubarkan awal, kerana jika Barisan Nasional tidak pasti boleh menang, tidak ada sebab mengganggu gugat kerajaan yang sedia ada.
Akhirnya masyarakat Melayu-Islam mula percaya bahawa Zahid sudah memasuki perjanjian kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Perkara ini terbukti benar apabila Zahid memperdaya rakyat dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional selepas PRU15 untuk memastikan bahawa Anwar berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pada awalnya, Tan Sri Muhyhiddin Yassin berjaya mengumpulkan 115 akuan bersumpah sokongan yang seterusnya diserahkan kepada Istana Negara.
Namun, Zahid mengutuskan warkah secara rahsia kepada Yang Di-Pertuan Agong, dan di dalam warkah itu, Zahid menipu kononnya kesemua ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
Penipuan ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa dan mengundang kemarahan ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang seterusnya mendesak agar Zahid meletak jawatan.
Tidak ada sebarang unsur fitnah dalam pendedahan ini, malah disebabkan sikap ‘kemaruk kuasa’ dan zalim Zahid, UMNO kini berada di ambang kehancuran total.
Bukan hanya lebih 1,000 bekas ahli UMNO dijangka sertai Perikatan Nasional bulan ini, ranai ahli parlimen daripada parti itu dijangka akan berundur selepas Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
RJ RITHAUDEEN
