PERSEPSI PRESIDEN UPKO TERHADAP PENUBUHAN MAJLIS PEMULIHAN NEGARA TIDAK TEPAT 

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

ڤرسيڤسي ڤريسيدن اڤكو ترهادڤ ڤنوبوهن مجليس ڤموليهن نڬارا تيدق تڤت

Kemungkinannya Presiden UPKO tidak berapa jelas mengenai cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Khas yang mirip MAGERAN dinamakan sebagai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Cadangan untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara amat berbeza sekali dengan konsep MAGERAN yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1969.

Majlis Pemulihan Negara bakal dianggotai oleh tidak lebih dari 20 tokoh-tokoh personaliti yang bijak pandai dalam pelbagai bidang serta Majlis ini adalah secara tidak berpartisan.




Semua ahli jawatankuasa Majlis Pemulihan Negara berkhidmat secara sukarela tanpa gaji tetapi hanya berdasarkan pada elaun sahaja.

Semua pemimpin yang terlibat dalam Majlis ini bukan mewakili parti politik tetapi bersifat tidak partisan.

Had tempoh mewujudkan Majlis Pemulihan Negara bukan untuk selama-lamanya atau secara jangkapanjang tetapi Jawatankuasa ini boleh dibubarkan apabila kelompok imunisasi mencapai tahap 80% di seluruh negara.

Majlis Pemulihan Negara akan melaporkan secara terus menerus kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan parlimen dibenarkan bersidang.

Malahan, setiap pelan tindakan serta segala urus tadbir Majlis Pemulihan Negara akan dibentangkan serta dimaklumkan kepada Parlimen Malaysia.

Hala-tuju Majlis Pemulihan Negara adalah berteraskan amalan demokrasi selaras dengan Perlembagaan Negara walaupun penubuhannya bermirip pada Majlis Gerakan Negara.

Di manakah unsur ‘otokrasi’ atau pentadbiran ‘kuku besi’ sekiranya Majlis ini diwujudkan bagi menyelesaikan kemelut pandemik Covid-19, masalah kecelaruan politik, keruntuhan ekonomi ataupun menyelesaikan isu pendidikan negara kita yang sudah sangkut hampir dua tahun yang lepas?!

Loading...

Kenyataan Presiden UPKO, @madiustangau mengenai penubuhan Majlis Pemulihan Negara tidak tepat sama sekali apabila beliau menyatakan Majlis Pemulihan Negara yang bermirip MAGERAN ini tidak mampu mewujudkan kestabilan politik kerana tidak melibatkan rakyat.

Bukankah anggota Majlis ini terdiri daripada kalangan rakyat yang berlatarbelakangkan professionalisma masing-masing?!

Cuma anggota Majlis ini hanya tidak berteraskan ahli-ahli politik yang mewakili parti-parti politik yang secara umumnya sudah hilang keyakinan rakyat jelata.

Apabila Presiden UPKO menyatakan Majlis ini tidak melibatkan Parlimen sebenarnya tidak tepat juga.

Hakikatnya, Parlimen dibenarkan bersidang apabila Majlis ini ditubuhkan.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan anggota-anggotanya bukan terdiri daripada orang-orang politik tetapi ahli-ahli professional; situasi ini sudah pasti akan dapat mengurangkan risiko kesilapan ataupun kelemahan urus tadbir.

Sebenarnya, situasi serta kemelut yang tidak menentu pentadbiran kerajaan ‘tebuk atap’ PN sepertimana hari inilah yang menyebabkan keseluruhan rakyat memarahi pihak kerajaan dan kemungkinannya Institusi Raja.

Kini, pemimpin-pemimpin PN hanya pandai menunding jari menyatakan proklamasi darurat diumumkan oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Yang sebenarnya, proklamasi darurat diumumkan oleh Perdana Menteri kerajaan ‘tebuk atap’ yang tiada keabsahan dalam Dewan Rakyat.

Disebabkan kegagalan proklamasi darurat ala kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang telah menyebabkan penularan dan kes kematian bertambah teruk adalah tujuan Majlis Pemulihan Negara diperlukan untuk seketika sehingga situasi kembali stabil.

Ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi saya cadangan @madiustangau mengenai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSD) hanya akan menjerumus kearah elemen korupsi secara lebih meluas.

Konsep ‘CSD’ ini adalah berteraskan ‘bargaining’ di antara ahli-ahli Parlimen dengan wang ringgit semata-mata!! Bagi saya ini adalah rasuah politik!!

Hanya sebuah Majlis Pemulihan Negara yang boleh merancang secara professional untuk menyegerakan proses vaksinasi secara sistematik, berterusan dan menyeluruh seterusnya membanteras polemik pandemik Covid-19 demi selamatkan rakyat mahupun ekonomi negara kita yang tercinta ini.

SOKONGILAH PENUBUHAN MAJLIS PEMULIHAN NEGARA DEMI KEPENTINGAN DAN KESEJAHTERAAN MASA DEPAN BANGSA SERTA NEGARA

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...