PERSIDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU YANG BAKAL DIADAKAN WAJAR PERHALUSI SURAT AZALINA OTHMAN

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Saya berdoa kehadrat Illahi agar Majlis Raja-Raja Melayu yang bakal bersidang dalam beberapa hari lagi harus memberi perhatian serius terhadap surat Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat kepada Peguam Negara.

Teguran yang dibuat oleh YB Dato Seri Azalina Othman Said itu mempunyai asas yang cukup kukuh untuk Majlis Raja-Raja Melayu menjadikannya sebagai salah satu agenda mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu demi kepentingan bangsa dan negara.

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang dipimpin oleh seorang perdana menteri yang tiada keabsahan serta sudah hilang sokongan majoriti sedang mencemarkan imej negara kita.




Lihat saja bagaimana 90 orang ahli-ahli parlimen dari negara-negara ASEAN sudah mula menegur sistem demokrasi berparlimen di negara kita.

Teguran dari ahli-ahli parlimen dari negara-negara ASEAN yang menasihati kerajaan Malaysia serta Istana Negara untuk campurtangan kearah memulihkan semula amalan demokrasi secara tulen di tanahair kita mesti diambil serius oleh semua pihak yang berkaitan.

Imej dan maruah negara kita telah tercemar teruk dengan gelagat ‘muka tembok’ Muhyiddin Yassin yang sanggup merosakkan sistem demokrasi di negara kita demi menjaminkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN terus berkuasa.

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang tidak bermaruah serta tidak berprinsip hanya berselindung di sebalik pendamik Covid-19 untuk terus berkuasa.

Atas dasar ini jugalah telah mendorongkan saya, YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin parti Amanah untuk memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kami bertekad untuk mencabar kesahihan tindakan perdana menteri yang tiada lagi sokongan majoriti melalui ‘rule of law’.

Tindakan kami adalah professional dan menghormati keluhuran undang-undang.

Loading...

Nawaitu kami juga, adalah untuk memelihara kedaulatan undang-undang sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Negara-negara di seluruh dunia yang mengisytiharkan proklamasi Darurat di musim pandemik Covid-19 tidak menggantungkan parlimen sebagai satu badan untuk ‘semak imbang’ pelbagai dasar-dasar kerajaan di bawah perisytiharan proklamasi Darurat.

Parlimen merupakan sebuah institusi terpenting untuk melaksanakan tanggungjawab ini berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Penggantungan Parlimen di saat ini amat memalukan serta mencemarkan imej Malaysia!! Seluruh dunia sedang mentertawakan kita.

Malahan, seluruh dunia telah memandang sepi dan hilang keyakinan terhadap amalan demokrasi di negara kita.

Natijah daripada isu ini juga bakal memudaratkan keseluruhan sosio-ekonomi Malaysia!! Para pelabur asing mula meninggalkan negara kita.

Bila ini berlaku secara berskala besar; peluang-peluang pekerjaan akan hilang seterusnya memeritkan lagi penghidupan seharian rakyat marhein.

Kenyataan yang datangnya dari timbalan speaker parlimen tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak sekalipun.

Kini, sebuah Jawatankuasa Merayu Penamatan Darurat secara ‘bipartisan’ telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh YB Khalid Samad sedang melancarkan satu kempen untuk mengumpul tandatangan keatas petisyen merayu penamatan Darurat yang bakal dipersembahkan kepada KDYMM Agong dalam sedikit masa lagi sebagai lambang perhatian mendalam mengenai isu ini dari ahli-ahli YB, pemimpin-pemimpin NGO serta personaliti terkenal di tanahair kita.

Mantan Perdana Menteri yakni Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa ahli-ahli Parlimen dari parti PEJUANG telah pun mengutus surat mengenai isu yang sama kepada keseluruhan KDYMM Raja-Raja Melayu.

Saya secara peribadi dengan penuh perasaan rendah diri serta tawadduk merafak sembah kepada keseluruhan KDYMM Raja-Raja Melayu untuk memberi pertimbangan khusus agar menerima teguran ikhlas dari Timbalan Speaker Parlimen sebagai salah satu agenda mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bakal bersidang pada 22-25hb februari ini.

Sudah sampai masanya sekali lagi untuk Majlis Raja-Raja Melayu menunjukkan satu peranan sebagai ‘Payung Utama’ kepada keseluruhan rakyat yang amat resah dengan perkembangan politik mutakhir negara.

Polemik lanskap politik negara yang ‘haru-biru’ ini mesti ditangani secara kadar segera sebelum ianya meranapkan keseluruhan bangsa mahupun negara kita yang tercinta ini.

Hanya kepada KDYMM Raja-Raja Melayu saja rakyat marhein sandarkan harapan demi menjaminkan kesejahteraan masa depan anak cucu kita.

‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...