PERTEMBUNGAN DI DUN SEMENYIH SEBENARNYA PERTEMBUNGAN SIAPA? PAS-UMNO MELAWAN PAKATAN ATAU AZMIN ALI-MAHATHIR MELAWAN RAFIZI-ANWAR?

“Azmin Ali sebaliknya sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar di dalam partinya. Sokongannya secara terbuka kepada Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri, pastinya akan mengecilkan hati penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang amat berharap Mahathir akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan takhta Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim yang sudah mengidamkannya semenjak sekian lama”

The Devoured Saviour

PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2018. Penamaan calon pula akan diadakan pada 16 Februari manakala pengundian awal adalah pada 26 Februari. Tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga 11:59 malam pada 1 Mac.

Pilihanraya kecil ini diadakan selepas kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu, Bakhtiar yang mewakili PPBM menewaskan calon Barisan Nasional, PAS dan PSM dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar juga merupakan Ketua Bahagian PPBM Hulu Langat. Dia berjaya memperolehi undi sebanyak 23,428 dalam PRU itu.


Secara tidak langsung, PPBM akan mencalonkan ahli mereka di kerusi tersebut berbanding PKR dan DAP. Perkembangan terkini pula menunjukkan PPBM akan berhadapan dengan gabungan PAS-UMNO-MIC-MCA.

Sesuatu yang amat menarik memandangkan komposisi pengundi di DUN Semenyih memberi kelebihan kepada PAS-UMNO-MIC-MCA.

Untuk PRK ini, seramai 992 orang petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK N.24 Semenyih. Manakala sebanyak 26 buah Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 119 Saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan untuk PRK ini adalah sehingga Suku Ketiga Tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019. Daftar Pemilih tersebut mengandungi 54,503 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 53,520 orang pengundi biasa, 951 orang pengundi awal dan 32 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Daftar pemilihan pilihanraya pada 2013 menunjukkan pecahan kaum bagi DUN Semenyih adalah seperti berikut: Melayu 56.07%, Cina 25.15% dan India 17.23%. Bagaimanapun dijangkakan daftar bagi pemilihan pilihanraya DUN Semenyih sehingga 11 Januari 2019 menyaksikan pertambahan ketara jumlah pengundi terutama sekali pengundi-pengundi Cina memandangkan jumlah pengundi terkini adalah 53,520 orang berbanding 42,344 pada 2013.

PRK Semenyih bagaimanapun mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan PRK Cameron Highland walaupun isunya mungkin berbeza.

Di Cameron Highland, calonnya adalah dari parti dominan dalam Pakatan Harapan iaitu DAP. Justeru tidak hairanlah semua pembesar Pakatan, baik yang bergelar Menteri, mahupun Timbalan Menteri atau pun pembesar-pembesar utama parti komponen Pakatan turun padang untuk berkempen dalam usaha memenangkan M.Manogaran.

Malangnya, usaha yang bersungguh-sungguh ternyata tidak mendatangkan hasil apabila M.Manogaran kalah lebih besar berbanding ketika dia menjadi calon mewakili Pakatan pada PRU-14 lalu di kerusi yang sama.

Antara yang turut bertungkus lumus adalah pemimpin dan tenaga kerja PPBM. PPBM seperti yang diketahui bergantung sepenuhnya kepada kekuatan Mahathir. Selagi mana Mahathir bersama-sama DAP, wujudlah PPBM sebagai sebuah parti. Tanpa Mahathir dan tanpa DAP, PPBM akan pupus dan lenyap.

Justeru tidak menghairankan seandainya PPBM akan berharap, DAP akan membalas budi di Semenyih. Lebih-lebih lagi dengan pengundi Cina yang ramai di Semenyih, pastinya amat diharapkan dapat ditarik oleh DAP untuk menyokong calon PPBM.

Namun, PPBM juga memerlukan kerjasama dan jentera kekuatan PKR terutama dari pihak Azmin Ali memandangkan Semenyih juga kawasan pinggir bandar di mana Melayu pinggir bandar lebih cenderung kepada PKR berbanding UMNO-PAS.

Azmin Ali sebaliknya sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar di dalam partinya. Sokongannya secara terbuka kepada Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri, pastinya akan mengecilkan hati penyokong-penyokong Anwar Ibrahim yang amat berharap Mahathir akan mengotakan janjinya untuk menyerahkan takhta Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim yang sudah mengidamkannya semenjak sekian lama.

Sokongan terbuka yang diberikan oleh Azmin Ali seandainya diperhalusi, pasti akan memperlihatkan kepentingan dan kedudukannya dalam hierarki yang mengatasi Anwar Ibrahim. Sedangkan pada masa yang sama Anwar Ibrahim sendiri semakin lama semakin tidak relevan dan ‘pasaran politik’ masa kini.

Anwar telah terbukti tidak lagi diminati menerusi siri kempennya di Cameron Highlands. Tidak seperti sebelum ini, ramai orang yang menadah telinga mendengar ceritanya, di Cameron Highland, kamera wartawan dan juru propaganda pun segan nak alihkan lensa kamera mereka dari tubuh badan Anwar.

Bagaimana pula dengan Rafizi Ramli yang diketahui ramai, merupakan ayam tambatan Anwar Ibrahim? Beberapa kenyataan propagandanya dalam kempen PRK Cameron Highland, seandainya diperhalusi lebih menyindir Azmin Ali walaupun nama yang disebut adalah Najib Abdul Razak.

Lebih-lebih lagi apabila sudah terbocor cerita yang Azmin Ali sepanjang 8 bulan bergelar Menteri Kabinet Mahathir telah, 28 kali ke luar negara tanpa sesen pun pelaburan asing yang berjaya dibawa balik.

Wujud beberapa teori termasuklah ‘keseronokan’ Mahathir dan PPBM dengan kekalahan calon DAP di Cameron Highland. DAP kalah bererti, DAP tidak mampu menambah kerusinya di Parlimen. Walaupun kini DAP merupakan kuasa dominan dalam Pakatan dengan hampir semua keputusan kerajaan yang diterajui Mahathir adalah keputusan DAP, namun percaturan politik tidaklah berfungsi secara satu haluan semata-mata. DAP memerlukan tambahan kerusi untuk memastikan Mahathir terus tunduk dan kekal di bawah tapak kaki mereka. Ketundukan Mahathir sekarang, masih tidak cukup kerana sebarang usaha mengerat peruntukan untuk Melayu-Bumiputera masih dicabar dan ditentang oleh sebilangan Melayu-Bumiputera di dalam PPBM sendiri.

Dengan apa yang berlaku di Cameron Highland, apakah DAP akan membalas dendam dan menunjukkan kepada PPBM siapa sebenarnya yang lebih berkuasa dan siapa sebenarnya yang perlu tunduk kepada siapa?

Dan sememangnya pertembungan di DUN Semenyih pastinya akan masih berkisar tentang Najib, 1MDB, hutang negara, kleptokrasi, rasuah dan Melayu Pemalas. Apatah lagi audiens di Semenyih lebih menyukai bahan-bahan tersebut berbanding yang melibatkan kehidupan rakyat seperti di Cameron Highland.

Source: The Flying Kick


Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would allow us bring more such content in the future. And it only takes a minute. Click the donate button below to make a contribution.

Alternatively, send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...