Pertemuan Anwar dengan Dr M buang masa, tidak bermakna

Menerusi posting terkini di Facebook, Anwar mendakwa pertemuan itu membincangkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM). Sumber (gambar): Fail TTF

Dalam usaha memelihara air mukanya yang tercemar berikutan kegagalan menegur Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikan Latheefa Koya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa selama 30 minit bertemu Mahathir di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

TTF menganggap pertemuan tersebut membuang masa memandangkan Anwar gagal menegur Mahathir atas keengganan beliau merujuk pelantikan Latheefa kepada Jawatankuasa Parlimen untuk pelantikan khas sepertimana yang dijanjikan PH menerusi manifesto PRU-14


KUALA LUMPUR: Dalam usaha memelihara air mukanya yang tercemar berikutan kegagalan menegur Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikan Latheefa Koya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa selama 30 minit bertemu Mahathir di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Menerusi posting terkini di Facebook, Anwar mendakwa pertemuan itu membincangkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM) dan memutuskan agar penekanan diberikan kepada rasuah melibatkan kedua-dua Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang terdahulu.

“Saya juga memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya.


“Kami berdua turut bersetuju kegiatan membanteras rasuah sama ada di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) perlu lebih berkesan dilakukan Latheefa dan SPRM.

“Isu-isu lain termasuk berkaitan hal ehwal antarabangsa juga dibincangkan dalam pertemuan ini,”

TTF menganggap pertemuan tersebut membuang masa memandangkan Anwar gagal menegur Mahathir atas keengganan beliau merujuk pelantikan Latheefa kepada Jawatankuasa Parlimen untuk pelantikan khas sepertimana yang dijanjikan PH menerusi manifesto PRU-14

THE THIRD FORCE


Click on the button below if you intend to make a direct contribution to TTF (you don’t need a Paypal account to donate via Paypal). We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

The Third Force on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gerakan Bangsa Nasional

The Third Force (Telegram)

 

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...