Pertemuan dan perlantikan ahli Gagasan Tiga (G3)

THE THIRD FORCE

Satu perjumpaan di antara ahli-ahli Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gagasan Tiga (G3) hari ini telah menetapkan 21hb November 2018 sebagai tarikh pertemuan dan perlantikkan ahli-ahli gabungan yang setakat ini berjumlah sebanyak 50 buah NGO.

Menurut Pengerusi Gagasan Tiga (G3), Raggie Jessy, perjumpaan tersebut akan disusuli oleh satu sidang media oleh LPK bagi mengumumkan halatuju Gagasan Tiga (G3) yang bakal dibincangkan dan dimuktamadkan pada tarikh tersebut.

Perjumpaan hari ini turut melantik Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah sebagai Penasihat Kehormat dan Tetap Gagasan Tiga (G3) dan sekaligus menetapkan struktur organisasi gagasan, termasuklah perlantikkan tiga orang naib pengerusi.

Kepimpinan Lembaga Pengarah Kebangsaan Gagasan Tiga (G3)

LPK juga menetapkan akan melantik 15 wakil NGO sebagai Ahli Jawatankuasa Gagasan Tiga (G3) pada tarikh tersebut.

Gagasan Tiga (G3) telah julung kali mengadakan mesyuarat pada 1hb November 2018.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Azwanddin Hamzah turut bersepakat melantik Raggie Jessy sebagai Pengerusi Gagasan Tiga (G3) serta melantik Presiden Consent Malaysia, Amran Ahmad Nor sebagai Timbalan.

Berikutan pembentukan gabungan tersebut, Gagasan Tiga (G3) menetapkan empat bidang utama yang memerlukan perhatian dan tindakan segera iaitu;

  • Memelihara kesucian agama Islam
  • Memupuk penyatuan Melayu
  • Memperkasakan keunggulan Institusi Raja-Raja
  • Menjaga kebajikan ummah

Antara faktor utama yang membawa kepada pembentukan Gagasan Tiga (G3) adalah kesepakatan umum di kalangan para pemimpin NGO yang hadir terhadap ancaman kepada agama Islam, Institusi Diraja serta hak-hak orang Melayu yang berlaku mutakhir ini berikutan kelemahan dalam cara kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Gagasan Tiga (G3) memberikan komitmen sepenuhnya untuk membuat pengisytiharan rasmi serta menyatakan misi dan objektif mereka kepada umum pada 21hb November 2018 kelak.

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...