‘Pertemuan hari ini bukan bermakna kita setuju bentuk PN secara rasmi’

UMNO dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan Bersatu bagi membentuk kerajaan PN. Sumber (gambar): TTF

ءڤرتموان هاري اين بوكن برمعنى كيت ستوجو بنتوق ڤن سچارا راسميء

Pemimpin UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didakwa mengadakan pertemuan malam tadi dipercayai bagi membincangkan usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber parti seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini, pertemuan itu bagi mencari ‘persamaan’ dalam membincangkan isu berbangkit, khususnya sebagai persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Semalam, media melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa bahawa pertemuan yang dijadualkan berlangsung malam tadi terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan ke hujung minggu ini.

Bagaimanapun, sumber yang juga pemimpin salah satu parti politik yang terlibat dalam rundingan berkenaan memaklumkan bahawa pertemuan itu diadakan tanpa pengetahuan pihak media.


SHAH ALAM: Pemimpin UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didakwa mengadakan pertemuan malam tadi dipercayai bagi membincangkan usaha memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber parti seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini, pertemuan itu bagi mencari ‘persamaan’ dalam membincangkan isu berbangkit, khususnya sebagai persiapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).




“Pertemuan itu tidak menyentuh soal agihan kerusi, sebaliknya perkara-perkara teknikal membabitkan usaha mendaftar PN secara rasmi. Ia mencari titik persamaan antara parti-parti yang kini dalam usaha memperkukuhkan PN dan juga menghadapi PRU15.

“Pertemuan ini bukan bermakna kita terus setuju untuk membentuk PN secara rasmi, sebaliknya banyak perkara masih perlu diperhalusi,” kata sumber terbabit.

Semalam, media melaporkan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bahawa pertemuan yang dijadualkan berlangsung malam tadi terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan ke hujung minggu ini.

Bagaimanapun, sumber yang juga pemimpin salah satu parti politik yang terlibat dalam rundingan berkenaan memaklumkan bahawa pertemuan itu diadakan tanpa pengetahuan pihak media.

UMNO dan Pas yang membentuk Muafakat Nasional sebelum ini menjalinkan kerjasama dengan Bersatu bagi membentuk kerajaan PN.

Kerajaan PN dibentuk selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak membawa parti itu keluar PH, disusuli dengan tindakan sekumpulan ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai mantan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertindak keluar parti.

Sementara itu, sumber berkata, hasil pertemuan berkenaan yang membabitkan ‘jawatankuasa rundingan’ itu akan dibentang dalam mesyuarat parti masing- masing.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...