
ڤرتموان ميستري ڤميمڤين كراجأن د جالن بيللمي داڤت كلولوسن ڤوليس؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Pertemuan luar daripada kebiasaan pemimpin tertinggi kerajaan di Kuala Lumpur malam Jumaat lalu menimbulkan persoalan samada mereka yang terbabit mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk berkumpul.
Menurut laporan, pertemuan itu berlaku di sebuah banglo dekat Jalan Bellamy – sebuah kawasan hijau yang sunyi, dipenuhi bangunan milik kerajaan dan berdekatan Istana Negara lama.
Di bawah Fasa Satu “Total Lockdown” yang dilaksanakan sejak 1hb Jun lalu, perjumpaan sebegini seharusnya tidak berlaku atau dibenarkan melainkan mereka yang terbabit mendapat kelulusan polis atas sebab yang munasabah.
TTF difahamkan, pertemuan itu melibatkan lebih 30 ahli parlimen UMNO yang menolak kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO.
PETALING JAYA: Pertemuan luar daripada kebiasaan pemimpin tertinggi kerajaan di Kuala Lumpur malam Jumaat lalu menimbulkan persoalan samada mereka yang terbabit mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk berkumpul.
Menurut laporan, pertemuan itu berlaku di sebuah banglo dekat Jalan Bellamy – sebuah kawasan hijau yang sunyi, dipenuhi bangunan milik kerajaan dan berdekatan Istana Negara lama.
Malaysiakini membayangkan bahawa kira-kira 24 ahli Parlimen Umno – termasuk menteri dan timbalan menteri – ada dalam pertemuan semalam.
Di bawah Fasa Satu “Total Lockdown” yang dilaksanakan sejak 1hb Jun lalu, perjumpaan sebegini seharusnya tidak berlaku atau dibenarkan melainkan mereka yang terbabit mendapat kelulusan polis atas sebab yang munasabah.
Menurut Malaysiakini, sejumlah kereta mewah, kebanyakannya Toyota Vellfire – antara kegemaran elit politik, dilihat dalam kawasan bangunan tersebut.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
