
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menghadiri satu perjumpaan khas bersama pucuk pimpinan bahagian PPBM Johor di sebuah hotel di Senai berhampiran dengan pekan Kulai.
Turut hadir pada perjumpaan tertutup tersebut ialah Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Marzuki Yahya dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Maszlee Malik.
Ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tanda tanya.
Ini memandangkan perjumpaan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama PPBM Johor dengan wakil dari pusat berikutan pelantikan orang Muhyiddin, Dato’ Dr Shahruddin Jamal, sebagai Menteri Besar Johor.
SUBANG JAYA: Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menghadiri satu perjumpaan khas bersama pucuk pimpinan bahagian PPBM Johor di sebuah hotel di Senai berhampiran pekan Kulai.
Menurut laporan Kosmo, ketibaan Mahathir pada pukul 9.20 malam itu disambut oleh Pengerusi PPBM Johor, Mazlan Bujang.
Turut hadir pada perjumpaan tertutup tersebut ialah Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Marzuki Yahya dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Maszlee Malik.
Ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tanda tanya. Ini memandangkan perjumpaan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama PPBM Johor dengan wakil dari pusat berikutan pelantikan orang Muhyiddin, Dato’ Dr Shahruddin Jamal, sebagai Menteri Besar Johor.
Shahruddin dilantik oleh Mahathir sendiri bagi menggantikan Dato’ Osman Sapian berikutan keenganan Osman untuk menolak beberapa kehendak Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
Malangnya, Mahathir mendapat tahu hanya selepas pelantikan tersebut bahawa Shahruddin merupakan orang Muhyiddin dan turut enggan menolak kehendak Sultan Ibrahim.
Keenganan tersebut menjadi nyata apabila Shahruddin merombak barisan EXCO Johor biarpun dilarang oleh Mahathir melakukan demikian.
Perombakan tersebut menjurus kepada kemunculan barisan kepimpinan anti-Mahathir dalam kerajaan Johor dan menyaksikan dua pemimpin kem Muhyiddin menyandang jawatan strategik.
Apapun, pertemuan semalam didahului dengan satu taklimat tertutup di hotel sama berhubung perkembangan kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar.
Sahruddin turut hadir pada taklimat tersebut bersama Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ahli Lembaga IRDA, Datuk Azmi Rohani.
Sebelum itu, Mahathir turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Johor di Dewan Serbaguna, Johor Jaya, dekat Johor Bahru.
THE THIRD FORCE
