Pertukaran KSU Salahuddin disyaki berkait skandal RM1.4 bilion

Salahuddin enggan mengulas samada pertukaranKSU  itu disebabkan siasatan dalam kementerian. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menganggap pertukaran Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah keputusan biasa.

Ketika ditanya kemungkinan pertukaran itu disebabkan siasatan dalam kementerian atau semata-mata kerana isu tersebut ditularkan, Salahuddin menegaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut.

Semalam, bekas KSU kementerian tersebut, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan melalui satu kenyataan memberitahu beliau menerima keputusan dipindahkan ke Jawatan Penempatan Khas JPA yang berkuatkuasa serta-merta.

Khabar angin mendakwa pertukaran tersebut ada kaitan dengan kontroversi melibatkan tender padi bernilai RM1.4 bilion.


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menganggap pertukaran Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah keputusan biasa.

“Saya baca melalui grup WhatsApp, saya baca (notis pertukaran) begitu saja dan tidak ada penafian rasmi berkaitan itu.




“Jadi saya anggap itu satu keputusan biasa di Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau di di pejabat Ketua Pengarah JPA,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya kemungkinan pertukaran itu disebabkan siasatan dalam kementerian atau semata-mata kerana isu tersebut ditularkan, Salahuddin menegaskan beliau tidak boleh mengulas lanjut.

“Itu saya tidak boleh komen sebab saya difahamkan pertukaran yang saya terima, notis itu macam prosedur biasa untuk mana-mana penggiliran berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tiada siasatan dalaman dijalankan terhadap bekas KSU tersebut yang mungkin boleh dikaitkan dengan pertukaran itu.

“Tiada, saya tidak pernah mengarahkan atau menerima apa-apa arahan,” katanya

Semalam, bekas KSU kementerian tersebut, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan melalui satu kenyataan memberitahu beliau menerima keputusan dipindahkan ke Jawatan Penempatan Khas JPA yang berkuatkuasa serta-merta.

Beliau juga reda dengan keputusan itu dan menyifatkan ada hikmah di sebalik ketentuan yang ditetapkan Tuhan.

Loading...

Khabar angin mendakwa pertukaran tersebut ada kaitan dengan kontroversi melibatkan tender padi bernilai RM1.4 bilion.

Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan penggiliran dan pertukaran jawatan adalah di bawah kuasa KSN dan Ketua Pengarah JPA.

“Semalam saya menerima notis daripada Pejabat Perkhidmatan Awam memaklumkan berlaku penggiliran membabitkan empat ke lima individu. Ada yang berpindah kementerian, ada yang saya dimaklumkan memang berlaku penggiliran.

“Saya tidak boleh berikan sebarang ulasan sebab tiada apa-apa yang berlaku di MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani).

“Jadi kalau itu pertukaran atau penggiliran, itu di bawah bidang kuasa KSN dan Ketua Pengarah JPA,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...