
ڤرتوكرن ڤورتفولياو بوڠ موكتر تندا حاججي كتوا منتري لمه
Beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan bersama anggota Kabinetnya pagi ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, mengumumkan pertukaran portfolio dua menteri.
Pada sidang media pertamanya sebagai Ketua Menteri, Hajiji mengumumkan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Moktar Radin bertukar portfolio kepada Menteri Kerja Raya manakala Datuk Masidi Manjun sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu Bung tidak berpuas hati dengan portfolio yang diberikan kepadanya kerana portfolio itu bertentangan dengan persetujuan yang dicapai antara UMNO dan PPBM.
Perkara ini dikatakan menimbulkan ketengangan antara parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyebabkan Hajiji terpaksa tunduk pada kehendak Bung bagi mengelakkan GRS runtuh.
PETALING JAYA: Beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan bersama anggota Kabinetnya pagi ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, mengumumkan pertukaran portfolio dua menteri.
Pada sidang media pertamanya sebagai Ketua Menteri, Hajiji mengumumkan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Seri Bung Moktar Radin bertukar portfolio kepada Menteri Kerja Raya manakala Datuk Masidi Manjun sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Berita Harian menulis:
Ketika mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pagi tadi, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, diumum memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, manakala Masidi, Menteri Kerja Raya.
Hajiji turut mengumumkan satu lagi portfolio baharu untuk Masidi iaitu Menteri Kewangan 2.
Apabila ditanya sebab pertukaran portfolio dilakukan, Hajiji berkata tiada apa-apa masalah mengenai perkara itu.
“Tiada masalah cuma saya mahu Masidi bantu saya kerana beliau berpengalaman dalam ekonomi dan kewangan. Ia juga dipersetujui oleh semua,” katanya.
Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu Bung tidak berpuas hati dengan portfolio yang diberikan kepadanya kerana portfolio itu bertentangan dengan persetujuan yang dicapai antara UMNO dan PPBM.
Perkara ini dikatakan menimbulkan ketengangan antara parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyebabkan Hajiji terpaksa tunduk pada kehendak Bung bagi mengelakkan GRS runtuh.
Ini merupakan petanda awal kerajaan pimpinan Hajiji amat lemah dan terpaksa akur pada kehendak UMNO yang boleh menarik sokongan terhadap Hajiji pada bila-bila masa.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
