
“Bagaimanakah peruntukkan RM85.5 juta kepada JASA untuk “mendengar rintihan rakyat” boleh membantu sedangkan rintihan yang sedia ada, yakni kehilangan sumber pendapatan dan perlunya pencarum KWSP dibenarkan membawa keluar RM10,000 seketul dari akaun satu, tidak diendahkan oleh kerajaan?”
Raggie Jessy Rithaudeen
Berikut merupakan tujuh daripada lima belas persoalan yang timbul susulan tindakan kerajaan memperuntukkan dana RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menerusi Belanjawan 2021:
1. Bagaimanakah kerajaan boleh memperuntukkan dana kepada satu jabatan yang dibubarkan oleh kabinet dengan tidak membatalkan keputusan kabinet sebelumnya yang membubarkan jabatan itu?
2. Bagaimanakah seorang menteri yang terlibat dengan pembubaran JASA dua tahun lalu atas dakwaan jabatan itu dijadikan alat politik tiba-tiba boleh menghidupkannya semula setelah menjadi Perdana Menteri?
3. Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, hari ini mengaku bahawa JASA pernah berfungsi sebagai unit propaganda ketika Barisan Nasional masih memerintah, sambil berkata, jabatan itu tidak akan memainkan peranan tersebut lagi.
Persoalannya, bukankan Barisan Nasional masih memerintah pada ketika ini walaupun pemerintahannya adalah bersama Perikatan Nasional? Bagaimanakah Wan Saiful tahu pihak yang bersangkut dengan Barisan Nasional tidak akan menyalahgunakan JASA lagi?
4. Bagaimanakah peruntukkan RM85.5 juta kepada JASA untuk “mendengar rintihan rakyat” boleh membantu sedangkan rintihan yang sedia ada, yakni kehilangan sumber pendapatan dan perlunya pencarum KWSP dibenarkan membawa keluar RM10,000 seketul dari akaun satu, tidak diendahkan oleh kerajaan?
5. Apakah kabinet terbesar dalam sejarah tanah air yang menelan dana rakyat dalam jumlah yang begitu besar untuk membayar gaji menteri dan timbalan menteri tidak mampu berganding bahu untuk membentuk satu jawatankuasa tindakan khas bagi mendengar rintihan rakyat dan mengambil langkah-langkah sewajarnya?
6. Apakah Kementerian Komunikasi di bawah mana JASA akan ditempatkan tidak mampu untuk membentuk jawatankuasa sedemikian untuk memberi fokus kepada “rintihan rakyat” tanpa perlu membazir lebih banyak dana rakyat untuk membayar pegawai-pegawai baharu?
7. Bukankah dana RM85.5 juta ini lebih sesuai digunakan untuk membeli katil-katil atau peralatan ICU sebagai persediaan awal sekiranya bilangan kes Covid-19 meningkat lagi?
Bersambung…
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
