
ڤرواكيلن امنو ڬونا بهاس كست لابيل ڤريسيدن، ناءيب ڤريسيدن ڤاس
“Selagi ada ‘tiga jahanam’ dalam Pas, selagi itu kerjasama dengan parti Islam itu tidak boleh diteruskan.”
Perkara itu ditegaskan perwakilan UMNO Kelantan, Zawawi Othman dengan menjelaskan mereka yang dimaksudkan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Perwakilan Terengganu, Bazlan Abd Rahman turut senada dengan gesaan tersebut, menjelaskan yang UMNO perlu segera menamatkan hubungan dengan Pas kerana parti itu dilihat tidak komited untuk memperkasakan kerjasama terbabit.
“Pada mereka, untuk apa kita terus menyimpan kudis yang akan menjadi barah? Jika sudah tahu penyakit ini mudarat, kenapa masih berlengah untuk berubat? Ubat mujarab ialah memutuskan hubungan politik dengan Pas.”
KUALA LUMPUR: “Selagi ada ‘tiga jahanam’ dalam Pas, selagi itu kerjasama dengan parti Islam itu tidak boleh diteruskan.”
Perkara itu ditegaskan perwakilan UMNO Kelantan, Zawawi Othman dengan menjelaskan mereka yang dimaksudkan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Jelasnya lagi, pemimpin berkenaan digelar sedemikian kerana dianggap ‘bermulut jahat’.
“Tetapi pemimpin Pas terutama tiga jahanam, Presiden Pas, Haji Hadi, Nik Amar, dan juga Sanusi. Ini mulut-mulut jahat.
TONTON: TUN PERLU WUJUDKAN ‘THE RAKYAT’S COUNCIL’
“Jadi, UMNO kelantan tidak menolak Pas tapi menolak pemimpin-pemimpin Pas yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.
“Kalau Pas menolak pemimpin-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan Pas. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Perwakilan Terengganu, Bazlan Abd Rahman turut senada dengan gesaan tersebut, menjelaskan yang UMNO perlu segera menamatkan hubungan dengan Pas kerana parti itu dilihat tidak komited untuk memperkasakan kerjasama terbabit.
“Pada mereka, untuk apa kita terus menyimpan kudis yang akan menjadi barah? Jika sudah tahu penyakit ini mudarat, kenapa masih berlengah untuk berubat? Ubat mujarab ialah memutuskan hubungan politik dengan Pas.
“Tamatkan MN dengan segera. Bahkan itulah yang ditunggu oleh Pas sendiri. Jadi kenapa perlu kita takut? Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak kita pun tak ingin,” ujarnya.
Sumber:
WAJIB BACA:
Tun must set up Gerakan Pejuang Nasional (GPN) asap to burry BN, Muhyiddin must stand down
