ڤسان تون حنيف عمر ڤد كتوا ڤوليس نڬارا بهارو: اوتاماكن اوندڠ-اوندڠ، بوكن منتري
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
TIADA menteri boleh mengarahkan seorang Ketua Polis Negara (KPN) melakukan apa yang beliau sepatutnya lakukan secara sah di sisi undang-undang atau tidak melakukan apa yang wajib beliau lakukan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar berkata, perkara itu diputuskan dalam prinsip Common Law yang dibuat oleh Lord Denning dalam kes AG vs Commissioner of Police ex parte McWhirter.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang campur tangan tidak wajar (undue influence) seorang menteri Kabinet dalam perkhidmatan polis di bawah pimpinannya hari ini.
Ini berikutan tular di media sosial satu rakaman audio berdurasi 1 minit 22 saat dikatakan mirip suara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang antara lain menyentuh berkenaan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.

“Selain itu, penghakiman tersebut menyatakan hanya KPN sendiri boleh memutuskan apa keutamaan yang beliau letakkan terhadap salah satu tugasnya,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.
Mohd Hanif berkata demikian sebagai pesan beliau kepada bakal KPN yang baharu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sekali gus mengesahkan kenyataan beliau yang tular di media sosial sejak semalam yang merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Acryl Sani.
Kenyataan itu dipercayai sebagai panduan buat Acryl Sani yang bakal memulakan tugas 4 Mei ini.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tentang campur tangan tidak wajar (undue influence) seorang menteri Kabinet dalam perkhidmatan polis di bawah pimpinannya hari ini.
Ini berikutan tular di media sosial satu rakaman audio berdurasi 1 minit 22 saat dikatakan mirip suara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang antara lain menyentuh berkenaan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam PDRM.
Mohd Hanif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu dalam pada itu mengimbau penyertaan Acryl Sani dan isterinya dalam pasukan polis semasa beliau sedang menuntut di United Kingdom (UK).
Katanya, sejurus pulang ke tanah air, beliau yang berjumpa kedua-dua pasangan itu terkejut apabila dimaklumkan bahawa mereka adalah jurutera.
“Saya gembira anda (Acryl Sani) berjaya dalam pasukan ini dan sekarang akan menerajuinya.
“Semoga Allah memudahkan tugas Datuk Seri menggalas beban yang berat ini..Berbagai kartel sedang menunggu tindakan Datuk Seri. Moga maju jaya,” katanya.
Sumber:
WAJIB BACA:
Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat